4/01/2009

Teori Keynes, atau Teori terbaru muncul?

Hangat..hangat.. apa benda yg hangat sangat ne? tdakla.. yang hangat sebenarnya ekonomi sekarang yang sentiasa lembap. Jika kita bandingkan dengan tahun sebelumnya, jelas ekonomi tenggelam dan angka yang ditunjukkan secara umum, iaitu petunjuk aras index BSKL. Ekonomi mengalami masalah defisit. Kita memang tidak berupaya untuk membuat ramalan tentang ekonomi di masa hadapan. Begitu payah juga bagi kita untuk menjalankan penyelidikan tentang pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi naik turun ekonomi kita. Jika kita fikirkan secara mendalam, teramatlah sukar bagi kita yang lemah ini untuk mengatakan, ya besok ekonomi negara akan naik.

Jesteru, kita dapat menolong broker saham membuat prediction bagi keuntungan mereka. Maka, sama-samalah kita menarik nafas panjang, bagi mereleasekan pressure yang terbuku di hati kita. Apa taknya bikin kita pressure, semakin hari harga barang semakin naik. Apa guna akta kesatuan pengguna diwujudkan. Langsung tiak dapat membendung masalah kenaikan harga barang di pasar. Dalam sebulan, tu tauke kasi naik harga barang dalam 20 sen. Berbaloikah penguatkuasaan undang2 begitu?

Saya terfikir perlukah kita untuk menjalankan kajian analisis statistik ekonomi.. aisehmen.. alahai kawan~ terpaksalah pergi jabatan perangkaan untuk mendapatkan data yang perlu. Malaslah, tiada masa. Lagi pun, banyak kerja yang harus dibuat seperti ujian pada perisian EVIEW. Untuk makluman, saya ne tidak pandai sangat mo interprete result yang keluar kat EVIEW tu. Hari tu, saya dengan Natiya (seCORZ dgn sy) buat kajian tentang Error Correction Model. Kami masing2 buat conclusion yang HAMPEH... terpaksa la minta bantuan kat seorang (aweks) muslimat aisehmen.. takpyah la sebut nama dia.. t dia marah aku pulok. Tapi, saya ucapkan terima kasih (kalau terbaca artikel ne) kat dia kerna sudi tolong kami time tu.. sekali lagi.. terima kasih yer~ Dibandingkan dengan negara maju, negara kita ketinggalan dengan kemajuan teknologi maklumat. Bukan secara sengaja ya mahu membandingkan ya BRO.. tapi, kita seharusnya menyedari hakikat ne. Saya secara tidak langsung mahu menyedarkan korang semua mengenai perkara ne. Apa benda yang kurang sangat tu? Masalahnya, kita kurang sistem aplikasi yang lebih efektif. Misalnya, jika kita hendak mendapatkan maklumat tentang kadar faedah purata tahunan negara. Begitu payah maklumat untuk kita perolehinya. kalau boleh kita mahukan maktumat tu diperolehi tidak sampai sesuku, half atau sejam. Malang sekali, benda yang terjadi tidak seperti yang kita harapkan. Adakah patut kita terpaksa tunggu maklumat tu dalam tempoh seminggu.

Selain itu, laman web yang disediakan jabatan perangkaan, ternyata kurang mesra khususnya mereka yang amat memerlukan data. Tidak bolehkah kita menukar ganti sistem ini? Carilah kaedah yang lebih pantas dan cekap. Kami pengkaji mahukan kemudahan pemerolehan data yang lebih jimat masa. Sudahla.. letih ja saya mengkritik tentang jabatan perangkaan. Kepada mereka yang bekerja di sna, diharap anda tidak mudah tersinggung dengan komen yang saya kongsikan ne.. Just positif..

Saya terfikir dengan satu isu, benda ne berkaitan dengan teori keynes. Sejauh manakah anda wahai ahli fikir ekonomi.. merelevenkah teori keynes pada masa sekarang? Cuba korang bagi komen sikit.

Tiada ulasan: