7/12/2009

Viva La HAMAS

Maszlee Malik

Khalil al-Syaqaqi di dalam satu kajian yang telah dijalankannya ke atas sokongan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza kepada HAMAS dari tahun 2000 sehingga tahun 2003 telah menunjukkan peningkatan drastik sokongan yang telah diterima oleh gerakan tersebut. Beliau telah meletakkan angka peningkatan dari 17% sebelum terletusnya Intifadah 2000 kepada angka 35% pada tahun 2003. Kajian dan angka yang hampir serupa telah diberikan oleh beberapa penganalisis isu Palestin yang lain. Sehingga artikel ini ditulis tiada satu kajian pun yang dilakukan oleh mereka-mereka -yang kononnya neutral terhadap isu Palestin- dari barat menunjukkan sokongan rakyat terhadap HAMAS melebihi angka 35%. Tiada juga kajian yang dijalankan terhadap sokongan pelarian-pelarian Palestin di luar Gaza dan Tebing Barat (seumpama di Jordan, Syria dan Lubnan) terhadap HAMAS. Mengapa?

Yang pasti keputusan pilihanraya majlis perbandaran (baladiyyat) yang berlaku semenjak pertengahan Disember yang lalu dan akan berakhir pada bulan Ogos nanti akan menunjukkan natijah yang berbeza. Apa yang berlaku di Tebing Barat sebagai contoh, ianya memang terkenal sebagai kubu kuat gerakan Fatah, dan pilihanraya yang diadakan adalah yang paling unik di dunia (kerana mengambil masa setahun) pada hakikatnya telah dirancangkan untuk kemenangan Fatah. Apa yang telah berlaku?, dunia telah menyaksikan HAMAS berjaya memenangi lebih separuh daerah mengundi daripada 26 daerah yang diadakan pengundian tersebut. Lebih menarik lagi, HAMAS memenanginya dengan suara majoriti yang banyak di kawasan yang taburan penduduknya tinggi, berbanding dengan Fatah yang banyak memenangi kerusi di tempat-tempat yang bilangan pengundinya teramat sedikit (dan tidak menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan pun di tempat-tempat yang mereka menangi). Kemenangan HAMAS itu benar-benar di luar jangkaan semua pihak, termasuk HAMAS sendiri.

Keputusan yang lebih memeranjatkan berlaku di Gaza pada pilihanraya baladiyyat pusingan pertama yang berakhir pada 27 Januari 2005 yang lalu. Daripada 9 daerah mengundi yang dijalankan pilihanraya tersebut, 7 buah telah dikuasai HAMAS dengan kemenangan yang besar dan dengan bilangan kerusi yang majoriti, hatta di tempat yang kononnya dijangkakan HAMAS akan menerima kekalahan yang teruk. Keseluruhan kerusi yang dimenangi oleh HAMAS dariapada 118 kerusi yang dipertandingkan adalah 77 buah kerusi. Ini menunjukkan bahawa dari keseluruhan 196,628 pengundi, HAMAS telah memenangi 65.25% daripada undian mereka.

Lebih menarik lagi ianya adalah di kubu-kubu kuat Fatah dan juga di tempat-tempat yang HAMAS sendiri tidak merasakan mereka akan menang besar seperti Bayt Hanun, Der Balah, Zuwaydah dan lain-lain lagi. Jikalau mereka menang di Khan Yunus, Refah ataupun bandar Gaza sendiri, itu mungkin tidak menghairankan, tetapi kemenangan mereka adalah di tempat-tempat yang dijangkakan tidak akan memberikan walau satu kerusi pun kepada mereka!

HAMAS masih relevan

Apakah isyarat yang ingin diberikan oleh rakyat Palestin dengan memberikan undi mereka kepada HAMAS?, tidakkah mereka merasakan kesengsaraan yang mereka hadapi pada hari-hari ini adalah disebabkan oleh operasi-operasi ketenteraan HAMAS, seperti yang sering dicanangkan oleh media-media pro-barat dan pro-Fatah?, tidakkah mereka ingin mencuba jalan perdamaian pula?, bukankah dengan berdamai mereka akan berupaya untuk membangunkan semula Palestin dan juga memperolehi kekuatan?, tidakkah mereka serik melihat jalan perjuangan penentangan dan perjuangan bersenjata hanya akan menyebabkan kemusnahan dan juga kekalahan di pihak mereka?...ternyata itu semua persepsi penonton-penonton bongok lagi dibongokkan oleh media pro-Zionis dan konco-konconya. Ternyata rakyat Palestin lebih mengetahui apa yang mereka lakukan, seperti pepatah Arab ada mengatakan, Orang Mekah lebih mengetahui tentang keadaan Mekah .

Isyarat yang lebih jelas lagi ialah keengganan lebih 66% rakyat Palestin yang layak mengundi sewaktu pilihanraya pemilihan presiden PA (Palestinian Authority) untuk keluar mengundi. Walaupun tiada kempen dan tiada seruan dari HAMAS menggesa dan memaksa mahupun merayu rakyat untuk tidak keluar mengundi pada 9 Januari yang lalu, namun mereka semua bagaikan secara sukarela bersama menyokong tindakan HAMAS untuk tidak turut serta di dalam pilihanraya tersebut. Akhirnya, seperti yang dunia maklum, Mahmoud Abbas aka Abu Mazen berjaya menjadi presiden PA untuk 25% sahaja daripada rakyat Palestin yang layak mengundi. Tidakkah ini juga menunjukkan sokongan senyap (silence majority support) majoriti rakyat kepada HAMAS?

Bagi mereka yang rabun sejarah dan anti Jihad, hatta di kalangan orang Islam sendiri pun, sentiasa kedengaran di hujung-hujung bibir mereka tentang keperluan rakyat Palestin untuk meletakkan senjata. Mereka juga menghujahkan bahawa perjuangan bersenjata sudah tidak relevan, menemui jalan buntu dan juga tidak akan menjamin kemenangan. Rakyat Palestin perlu bina ekonomi, perlu pentingkan pendidikan, perlu maju di bidang ketenteraan dan juga ekonomi. Mereka juga serin mengatakan HAMAS tidak relevan dan rakyat tidak bersama HAMAS lagi. Bagi mereka-mereka ini, dinasihatkan agar tidak terlalu gopoh membuat analisis-analisis dungu, tetapi kembali membaca sejarah perjuangan rakyat Palestin semenjak kegagalan usaha damai Arafat pasca Oslo 1993. Mungkin kadang-kadang kita terpaksa akur kepada tindakan orang lain walaupun ianya tidak selari dengan nafsu kita. Rakyat Palestin menunjukkan kepada kita, perjuangan bersenjata masih relevan!

Mengapa HAMAS menjadi pilihan rakyat?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, minyak guna-guna apakah yang telah digunakan oleh HAMAS sehingga berjaya memikat hati rakyat Palestin. Adakah kerana pimpinan mereka terdiri daripada mereka yang kacak-kacak atau handsome-hansome belaka?

Tidak, itu semua tidak berlaku!, pemimpin-pemimpin mereka bukanlah orang yang kacak-kacak. Mereka hanya mempunyai Syeikh Ahmad Yassin (almarhum) yang lumpuh, Abdul Aziz Rantissi yang bermuka serius, Khaled Misy al yang beruban, dan yang lain-lain lagi yang tidak sekacak Salman Khan ataupun Tom Cruise. Mereka juga tidak menggunakan artis-artis Akedmi Fantasia untuk mendapatkan undi rakyat Palestin. Mereka juga bukanlah orang yang kaya-kaya setaraf dengan kekayaan Syed Mokhtar al-Bukhary ataupun Tan Sri Halim Saad mahupun Lim Goh Tong. Mereka juga tidak mempunyai masa untuk memaksa rakyat ataupun menggugut rakyat dengan ugutan tidak bersyukur jika tidak mengundi mereka, ataupun ugutan tidak dapat masuk syurga sesiapa yang tidak mengundi mereka ataupun sebarang ugutan-ugutan politik seperti yang biasa kedengaran di Malaysia.

Mereka hanyalah sekumpulan manusia yang beriman bahawa satu-satunya cara untuk memerdekakan negara Palestin yang dijajah, hanyalah dengan cara penentangan dalam pelbagai dimensi. Persenjataan, politik, ekonomi, pendidikan, akademik dan lain-lain wasilah lagi. Mereka juga tidak menjanjikan pembangunan dengan pembinaan menara berkembar, litar F1 dan apa-apa janji material kepada rakyat Palestin, yang mereka bawa hanyalah motto al-Taghyir wa al-Islah (Perubahan dan Refomasi). Akhirnya sebilangan besar rakyat bersetuju dengan mereka.

Sudah tentu untuk setuju pastinya mereka mempunyai track record yang cemerlang. Itulah kekuatan HAMAS, iaitu mereka dikenali sebagai orang-orang yang bersih dari korupsi dan juga sebagai makhluk-makhluk yang pedulikan nasib rakyat Palestin secara ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh. Baik dari segi kebajikan para pelarian, pendidikan, dan kesihatan, perkhidmatan HAMAS amat dihargai oleh rakyat Palestin. HAMAS juga mula menjadi pilihan selepas rakyat tidak tahan lagi melihat keganasan rejim Zionis dan sudah tidak percaya lagi kepada apa-apa janji perdamaian yang mereka laungkan. Cukuplah kenangan pahit Arafat ditipu dan dipermainkan oleh rejim Zionis dan juga AS, rakyat Palestin tidak mahu termasuk ke dalam lubang dhab sebanyak dua kali.

Rakyat Palestin juga dari satu sudut telah jemu melihat korupsi para pemimpin PA era Arafat yang kini muncul sebagai wira-wira Fatah seperti yang ditonjolkan oleh media-media pro-barat. Siapa tidak kenal Abbas?, siapa tidak kenal Ahmad Quray ?, siapa tdak kenal Muhammad Dahlan?, siapa tidak kenal Jibril Rjoub?, tatkala anak-anak Palestin kelaparan dan dilapah oleh peluru-peluru tentera rejim Zionis, pemuka-pemuka Fatah di bawah bendera PA telah bersenang lenang di dalam istana-istana, kereta-kereta mewah dan juga kekayaan yang tidak pernah dimimpikan oleh majoriti pelarian Palestin di kem-kem pelarian di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.

Terbukti sudah kini, tahun 2005 menunjukkan petanda yang baik kepada HAMAS. Mungkin jika Lilian Too diminta untuk membaca Feng Shui HAMAS, beliau akan meramalkan masa depan yang lebih cerah bagi HAMAS di masa-masa depan. Walau bagaimanapun perkiraan dan perhitungan masa hadapan dalam isu Palestin ini tidak semudah yang kita sangkakan. Percaturan AS, rejim Zionis dan juga negara-negara Arab yang pro kepada AS dan negara haram Israel tidak boleh dipandang ringan. Dengan keadaan pilihanraya baladiyat yang mengambil masa lapan bulan (pada asalnya setahun) untuk berakhir dengan tiga pusingan (asalnya empat pusingan), kebersihan pilihanraya tersebut masih boleh diragukan.

Adakah pihak Fatah dan juga sekutu-sekutunya yang terdiri daripada AS, rejim Zionis dan negara-negara pro AS akan membiarkan sahaja?, tidak mungkin mereka ingin melihat HAMAS secara mudah memenangi sebahagian besar kerusi-kerusi tersebut dan akhirnya membuktikan kemampuan mereka untuk memerintah rakyat. Dalam persoalan ini, diharapkan agar HAMAS telah pun bersedia dengan pencak silat mereka untuk menghadapi masa-masa mendatang. Yang jelas, majoriti rakyat Palestin, secara de factonya memilih HAMAS sebagai pemimpin masa depan mereka, jika tidak dalam tempoh terdekat pun, mungkin dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan data

100 Brain Boosters of Quran

(I begin ) with the name of Allah, most Gracious, most Merciful

001. What is the meaning of the word "Qur'an"?
A: That which is Read.

002. Where was the Qur'an revealed first?
A: In the cave of Hira (Makkah).

003. On which night was the Qur'an first revealed?
A: Lailatul-Qadr (Night of the Power).

004. Who revealed the Qur'an?
A: Allah revealed the Qur'an.

005. Through whom was the Qur'an revealed?
A: Through Angel Jibraeel (Alaihis-Salaam).

006. To whom was the Qur'an revealed?
A: To the last Prophet Muhammad (Sallahu Alaihi Wasallam).

007. Who took the responsibility of keeping the Qur'an safe?
A: Allah Himself.

008. What are the conditions for holding or touching the Qur'an?
A: One has to be clean and to be with wudhu (ablution).

009. Which is the book which is read most?
A: The Qur'an.

010. What is the topic of the Qur'an?
A: Man.

011. What are the other names of the Qur'an according to the Qur'an itself?
A: Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor, Al-Huda.

012. How many Makki Surahs (chapters) are there in the Qur'an?
A: 86.

013. How many Madani Surahs (chapters) are there in the Qur'an?
A: 28.

014. How many Manzils (stages) are there in the Qur'an?
A: 7.

015. How many Paara or Juz (parts) are there in the Qur'an?
A: 30.

016. How many Surahs (chapters) are there in the Qur'an?
A: 114.

017. How many Rukoo (paragraphs) are there in the Qur'an?
A: 540.

018. How many Aayaath (verses) are there in the Qur'an?
A: 6666.

019. How many times is the word 'Allah' repeated in the Qur'an?
A: 2698.

020. How many different types of Aayaath (verses) are there in the Qur'an?
A: 10.

021. Who is the first 'Haafiz' of the Qur'an?
A: Prophet Muhammed (Sallalahu Alaihi Wasallam).

022. At the time of the death of Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) how many Huffaz were there?
A: 22.

023. How many Aayaath (verses) on Sajda (prostation) are there in the Qur'an?
A: 14.

024. In which Paara (part) and Surah (chapter) do you find the first verse about Sajda (prostation)?
A: 9th Paara, 7th Chapter-Surah-al-Araaf, Verse 206.

025. How many times has the Qur'an stressed about Salaat or Namaaz (prayer)?
A: 700 times.

026. How many times has the Qur'an emphasized on alms or charity?
A: 150.

027. How many times in the Qur'an,is the Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) addressed asYaa-Aiyu-Han-Nabi?
A: 11 times.

028. Where in the Qur'an has Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) been named 'Ahmed'?
A: Paara 28th,Surah Saff,Ayath 6th.

029. How many times has the name of Rasool-ullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) been mentioned in the Qur'an?
A: Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam)-4 times Ahmed (Sallallahu Alaihi Wasallam)-1 time.

030. Name the Prophet whose name is mentioned and discussed most in the Qur'an?
A: Moosa(Alahis-Salaam).

031. Who were the Kaathibe-Wahi (copyists of the revelations) of the Qur'an?
A: Abu Bakr (Radhiallahu Anhu), Usman (Radhiallahu Anhu), Ali (Radhiallahu Anhu), Zaid Bin Harith (Radhiallahu Anhu) and Abdullah bin Masood (Radhiallahu Anhu).

032. Who was the first person who counted the Aayaath (verses) of the Qur'an?
A: Ayesha (Radhiallahu Anha).

033. On whose advice did Abu Bakr (Radhiallahu Anhu) decide to compile the Qur'an?
A: Omer Farooq (Radhiallahu Anhu)

034. On whose order was the Qur'an compiled completely in written form?
A: Abu Bakr (Radhiallahu Anhu).

035. Who confined the recitation of the Qur'an on the style of the Quraysh tribe?
A: Usman (Radhiallahu Anhu).

036. Out of the copies of the Qur'an compiled by Usman (Radhiallahu Anhu), how many and where are they at present?
A: Only 2 copies. One in Tashkent and the other in Istanbul.

037. Which Surah of the Qur'an was Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) reciting while praying,that Hazrat Jabeer Bin Muth'im listened to and embraced Islam?
A: Surah Thoor

038. Which was that Surah of the Qur'an which the Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) had recited when one of his enemies Utba after listening to it fell in Sajda (prostation)?
A: The first five Ayaaths of Ham-Meem-Sajda

039. Which is the first and the most ancient Mosque according to the Qur'an?
A: Kaaba.

040. In Qur'an mankind is divided into two groups. Which are those two groups?
A: Believers and disbelievers.

041. Who is the man about whom, Allah has said in the Qur'an that his body is kept as an admonishing example for future generations to come?
A: Fir'aun (Pharaoh).

042. Besides the body of Pharaoh,what is that thing which is kept as an admonishing example for future generations to come?
A: Noah's Ark.

043. After the wreckage of Prophet Noah's Ark, which is its place of rest mentioned in the Qur'an?
A: Cave of Judi.

044. In the Qur'an the name of which companion of Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) is mentioned?
A: Zaid Bin Harith.

045. Who is the relative of the Prophet Muahmmed (Sallallahu Alaihi Wasallam) whose name is mentioned in the Qur'an?
A: Abu Lahab.

046. In the Qur'an there is a mention of a Prophet who has been called by his mother's name. Who was he?
A: Jesus [Prophet Isa (Alahis salaam)] is mentioned as bn Maryam.

047. Which was the agreement that was titled Fath-hum-Mubeen' without fighting a battle?
A: Treaty of Hudaibiya.

048. What are the different names used for Satan or Devil in the Qur'an?
A: Iblees and Ash-Shaitaan.

049. Which category of creature does the Qur'an put 'Iblees' into?
A: Jinn.

050. What were those worships and prayers that were ordered by Allah to the community of Bani Israeel and which were continued by the Muslim Ummah also?
A: Salaat and Zakaat (Al-Baqarah:43).

051. The Qur'an repeatedly warns of a certain day.Can you say which day it is?
A: Youmal Qiyamah (Doomsday).

052. Who were those people with whom Allah was pleased and they were pleased with Him, as mentioned in the Qur'an?
A: Companions of Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam).

053. In which Holy Book of Non-Muslims the Qur'an mentioned repeatedly?
A: In the Holy Book of Sikh Community-Granth Saheb.

054. In which year were the vowels inserted in the Qur'an?
A: 43 Hijri.

055. Who were the first serious students of the Qur'an?
A: As-haabus Suffah.

056. Which is the first Residential University where the faculty of the Qur'an was established for the first time?
A: Masjid-e-Nabvi [Mosque of the Prophet (Sallallahu Alaihi Wasallam)].

057. By what name did the Qur'an address those noble and pious people who were selected by Allah to convey His message to mankind?
A: Nabi (Prophet) and Rasool (Messenger).

058. What type of a person does the Qur'an want to make?
A: Momin.

059. What is the scale or measure of one's dignity according to the Qur'an?
A: Thaqwa (Piety).

060. What according to the Qur'an is the root cause of the evil?
A: Alcohol.

061. What are the two most important types of kinds of Aayaath (Verses) found in the Qur'an?
A: Muhakamaat and muthashabihaath.

062. Which is the longest Surah (Chapter) in the Qur'an?
A: Surah-al-Baqarah.

063. Which is the smallest Surah in the Qur'an?
A: Surah-al-Kausar.

064. What was the age of Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) when Qur'an was first revealed to him through Jibraeel (Alaihis-salaam)?
A: 40 Years.

065. How long did Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) receive the revelation of the Qur'an in Makkah?
A: 13 Years.

066. How long did Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) receive the revelation of the Qur'an in Madinah?
A: 10 Years.

067. Where was the first Surah revealed?
A: In Makkah.

068. Where was the last Surah revealed?
A: In Madinah.

069. How many years did it take for the complete revelation of the Qur'an?
A: 22 years, 5 months and 14 days.

070. Which Surah (Chapter) of the Qur'an is to be read compulsorily in each raka'at of the Sallat (Namaaz)?
A: Surah-al-Fatihah.

071. Which is the Surah, which Allah taught as a Du'a (Prayer)?
A: Surah-al-Fatihah.

072. What is the reason of keeping Surah-al-Fatihah in the beginning of the Qur'an?
A: It is the door to the Qur'an.

073. What is the Surah (Chapter) revealed completely and found first place in the Qur'an?
A: Surah-al-Fatihah.

074. Who was the only lady whose personal name is found in the Qur'an?
A: Mariam (Alaihis-salaam).

075. In which Surah (Chapter) of the Qur'an do you find maximum instructions?
A: Surah-al-Baqarah.

076. When and Where did the Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam) and Jibraeel (Alaihis-salaam) meet for the second time?
A: On Friday, 18th Ramadan, in the Cave of Hira.

077. What was the interval between the first and the second revelation?
A: 2 years and six months.

078. Which is the Surah (Chapter) that does not start with Bismillah?
A: Surah-al-Taubah or Bara'ath.

079. In which Surah (Chapter) of the Qur'an Bismillah is repeated twice?
A: Surah-al Naml.

080. How many Surah (Chapter) in the Qur'an have the titles named after different Prophets?
A: 6 Surahs (Chapters):
a) Surah-al-Yunus,
b) Surah-al-Hood,
c) Surah-al-Yusuf,
d) Surah-al-Ibraheem,
e) Surah-al-Nuh,
f) Surah-al-Muhammed.

081. In which part of the Qur'an do you find 'Ayat-ul-Kursi' (Verse of the Throne)?
A: In the beginning of the third Part (Chapter 2-55).

082. How many different names of Allah are mentioned in the Qur'an?
A: 99.

083. Who were the three non-prophets whose names are mentioned with due respect in the Qur'an?
A: Luqman, Aziz of Egypt and Zulqarnain.

084. At the time Abu Bakr (Radhiallahu Anhu) how many companions had compiled the Qur'an in the form of a book?
A: 75 companions.

085. Which is that only book which is completely memorized by millions of people in the world?
A: Al-Qur'an.

086. What did the Jinns who heard a few Aayaath (Verses) of the Qur'an say to each other?
A: We have heard a unique discourse which shows the right path, verily we believe in it.

087. Which are the most popular transalations of the Qur'an in English?
A: Transalation by Muhammed Marmaduke Pickthall and by Allama Yusuf Ali.

088. Into how many languages of the world has the Holy Qur'an been transalated?
A: Nearly 103 languages.

089. Who was the first transalator of the Holy Qur'an into Urdu?
A: Moulana Shah Rafiuddin Muhaddis Dehlavi.

090. What will be our condition on 'The day of the Judgement' according to the Qur'an?
A: Everybody will be in a state of anxiety.

091. Who was the Prophet mentioned in the Qur'an whose three generations were prophets?
A: Ibraheem (Alaihis-salaam).

092. What is that book which abolished all old rules and regulations?
A: Al-Qur'an.

093. What does the Qur'an say about property and wealth?
A: They are tests of one's faith.

094. According to the Qur'an who is "khaatamun Nabiyyeen" (the last of the Prophets)?
A: Prophet Muhammed (Sallallahu Alaihi Wasallam)

095. What is the name of the book that tells us clearly about the reality of the beginning and the end of the world?
A: Al-Qur'an.

096. In the Qur'an what other name is given to the city of Makkah?
A: Bakkah and Baladul Ameen.

097. According to the Qur'an what other name is given to the city of Madinah?
A: Yathrib.

098. Whose Generation is known as "Bani Israeel" according to the Qur'an?
A: The generation of Prophet Yaqoob(Alaihis salaam) who is also known as Israeel.

099. Which are the mosques that are mentioned in the Qur'an
A: 5 mosques:
a) Masjid-ul-Haram.
b) Masjid-ul-Zirar.
c) Masjid-ul-Nabawi.
d) Masjid-ul-Aqsa.
e) Masjid Quba.

100. The name of which angels are mentioned in the Qur'an?
A: 4 angels:
a) Jibraeel Ameen (Alaihis salaam),
b) Meekaeel (Alaihis salaam),
c) Haroot (Alaihis salaam),
d) Maroot (Alaihis salaam).

Wallahu'alam.

Christian Snouck Hurgronie

Christiaan Snouck Hurgronje merupakan tokoh peletak dasar sistem “Politik Islam” yang merupakangaris kebijakan “Politik Belanda” yang dijalankan pemerintah kolonial Belanda terhadap penduduk jajahankawasan Hindia Belanda. Konsep yang diciptakan Snouck terasa lebih lunak dibanding dengan konsep strategikebijakan para orientalis lainnya, namun dampaknya terhadap umat Islam terus berkepanjangan bahkan berkelanjutansampai dengan saat ini.Snouck lahir tanggal 8 Februari 1857 di Oosterhout Belanda, merupakan anak keempat dari pasangan Pendeta JJSnouck Hurgronje dan Anna Maria. Nama depannya diambil dari nama datuknya, pendeta D Christiaan de Visser. Pada tahun 1874 selepas dari pendidikan HBS di Breda, dia melanjutkan ke Fakultas Teologi Universitas Leiden. Tahun 1878 dia lulus kandidat examen (sarjana muda) kemudian ia meneruskan ke Fakulti Sastra Universitas Leiden. Semasa di Universitas Leiden, Snouck dibimbing oleh para tokoh aliran “modernis Leiden”, seperti CP Tieles, LWE Rauwenhoff, Abraham Kuenen, MJ de Goeje.

Aliran pemikiran “moden Leiden” ini berkiblatkan kepada liberal dan rasional. Dalam aliran pemikiran ini, agama hanyalah sekedar kesedaran etik yang ada pada setiap manusia dan budaya Eropah memiliki kedudukan kebudayaan tertinggi sehingga interaksi antara agama Kristian dengan budaya Eropah adalah proses puncak perkembangan kebudayaan, sedangkan kebudayaan lain Islam dan budaya dunia Timur merupakan suatu bentuk “degenerasi” kebudayaan. Dari Abraham Kuenen –ahli perjanjian lama- Snouck mendapat pelajaran tentang Kritik Kitab Suci (Bible). Hal itu mendasari pemikirannya dalam menolak hal-hal yang tidak relevan dalam agama yang dianutnya –Kristianseperti Triniti dan kedudukan Nabi Isa sebagai Anak Allah.

Disamping itu ia juga belajar bahasa dan sastra Arab dari RPA Dozi dan MJ de Goeje. Snouck menyelesaikan pendidikan formalnya pada tahun 1880 dengan disertai kajian berjudul Het Mekkaansche Feest yang membahas tentang Ibadah Haji. Kemudian ia mengajar di “Leiden & Delf Academi”, tempat dimana semua calon pejabat pemerintah kolonial Belanda dididik dan dilatih sebelum mereka dikirim berkhidmat di kementrian di Hindia Belanda. Tahun 1884 -atas tawaran JA Kruyt Konsul Belanda di Jeddah- Snouck dikirim ke Makkah untk melakukan penelitian tentang Islam. Untuk mendapatkan izin tinggal di Makkah, Snouck mengganti namanya menjadi Abdul Ghaffar, ia juga mengerjakan Shalat dan ritual agama Islam lainnya. Dengan sikap tersebut, Snouck dapat mengenal lebih dekat kehidupan seharian umat Muslim di Makkah serta dengan mudah bergaul erat dengan para pelajar dan ulama, terutama yang berasal dari Hindia Belanda.

Dalam penelitiannya tersebut, Snouck memusatkan perhatiannya pada tiga hal. Pertama, dengan cara bagaimanasistem Islam didirikan. Kedua, apa erti Islam didalam kehidupan seharian dari pengikutnya yang beriman. Ketiga,bagaimana cara memerintah orang Islam sehingga melapangkan jalan untuk mengajak orang Islam bekerjasama untuk membangun suatu peradaban yang universal. Snouck tahun 1889 dipindah tugaskan ke Hindia Belanda, oleh Gabernor Jenderal Pijnacker Herdijk, ia diangkat sebagai peneliti dan penasihat urusan bahasa-bahasa timur dan Islam. Guna memudahkan tugasnya dan memperkuatkan penerimaan masyarakat, Snouck mengawini wanita Muslim Pribumi secara Islam. Snouck melangsungkan perkawinannya dengan Sangkana, anak tunggal Raden Haji Muhammad Ta’ib, Penghulu Besar Ciamis.

Dari perkawinannya itu terlahir empat orang anak, Salmah, Umar, Aminah, Ibrahim. Pada tahun 1895, Sangkana meninggal dunia, kemudian tahun 1898 Snouck mengawini Siti Sadiyah, putri Haji Muhammad Soe’eb, Wakil Penghulu kota Bandung. Pada tahun 1910 Snouck melangsungkan pernikahan dengan Ida Maria, putri Dr.AJ Oort, pendeta liberal di Zutphen, perkawinannya yang ketiga ini dilangsungkan di negeri Belanda. Berdasarkan konsep Snouck, pemerintah kolonial Belanda dapat mengakhiri perlawanan rakyat Aceh dan meredam munculnya pergolakan-pergolakan di Hindia Belanda yang dipelopori oleh umat Islam. Pemikiran Snouck –berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya- menjadi landasan dasar doktrin bahwa “musuh kolonialisme bukanlah Islam sebagai Agama, melainkan Islam sebagai Doktrin Politik”.

Konsep Snouck berlandaskan fakta masyarakat Islam tidak mempunyai organisasi yang “Tersusun” dan “Universal”. Disamping itu kerana tidak ada lapisan “Pemutus Hukum” atau kependetaan seperti pada masyarakat Katolik, maka para ulama Islam tidak berfungsi dan berperanan seperti pendeta dalam agama Katolik yang pada ketika itu menerima kata putus daripada para pendeta. Tidak semua orang Islam harus diposisikan sebagai musuh, kerana tidak semua orang Islam Indonesia merupakan orang fanatik dan memusuhi pemerintah “kafir” belanda. Bahkan para ulamanya pun jika selama kegiatan Ubudiyah mereka tidak diusik, maka para ulama itu tidak akan menggerakkan umatnya untuk memberontak terhadap pemerintah kolonial Belanda. Namun disisi lain, Snouck menemukan fakta bahwa agama Islam mempunyai potensi menguasai seluruh kehidupan umatnya, baik dalam segi sosial maupun politik.

Snouck memformulasikan dan mengkategorikan permasalahan Islam menjadi tiga bahagian, iaitu ; bidang Agama Murni, bidang Sosial Kemasyarakatan, bidang Politik. Pembahagian kategori ini juga menjadi landasan dari doktrin konsep “Splitsingstheori”. Pada hakikatnya, Islam tidak memisahkan ketiga bidang tersebut, Snouck mengusahakan agar umat Islam Indonesia beransur-ansur memisahkan agama dari segi sosial, kemasyarakatan dan politik. Snouck merancang program pendidikan bercorak barat dan menggalakkan penerimaan kebudayaan Eropah. Dengan demikian hilanglah kekuatan cita-cita “Pan Islam” dan akan mempermudah penyebaran agama Kristian. Ahli politik dan pemikir Islam akan segera dikalahkan kerana merekalah yang akan membawa rakyat kepada fanatisme dan Pan Islam.

Teknik membunuh karier semangat mereka itu jika perlukan dilakukan dengan kekerasan dan kekuatan senjata, akan dikerah seluruh kekuatan pemerintah Hindia Belanda. Setelah diperoleh ketenangan, pemerintah kolonial harus menyediakan pendidikan, kesejahteraan dan perekonomian, agar kaum pribumi mempercayai maksud baik pemerintah kolonial dan akhirnya rela diperintah oleh “orang-orang kafir”. Dalam bidang Agama dan Ibadah, sepanjang tidak mengganggu kekuasaan, maka pemerintah kolonial memberikan kemerdekaan kepada umat Islam untuk melaksanakan ajaran agamanya. Pemerintah harus memperlihatkan sikap seolah-olah memperhatikan agama Islam dengan memperbaiki tempat peribadatan, serta memberikan kemudahan dalam melaksanakan ibadah haji.

Sedangkan dibidang Sosial Kemasyarakatan, pemerintah kolonial memanfaatkan adat kebiasaan yang berlaku dan membantu menggalakkan rakyat agar tetap berpegang pada adat tersebut yang telah dipilih agar sesuai dengan tujuan mendekatkan rakyat kepada budaya Eropah. Snouck berusaha untuk membataskan perluasan pengaruh ajaran Islam, terutama di dalam hukum dan peraturan. Konsep untuk membendung dan mematikan pertumbuhan pengaruh hokum Islam adalah dengan “Theorie Resptie”. Snouck berupaya memutar pemikiran umat Islam agar hokum Islam disesuaikan dengan adat istiadat dan kenyataan politik yang menguasai kehidupan pemeluknya. Islam jangan sampai mengalahkan adat istiadat, hukum Islam akan dilaksanakan serta diakui kewujudannya dan kekuatan hukumnya jika sudah diambil menjadi hukum adat. Sejalan dengan itu, pemerintah kolonial menerapkan konsep “Devide et Impera” dengan memanfaatkan kelompok Elit, Penyayi dan golongan secular untuk meredam kekuatan Islam dan pengaruhnya dimasyarakat. Kelompok ini paling mudah diajak kerjasama kerana ke-Islaman mereka cenderung tidak memperdulikan “kekafiran” pemerintah kolonial Belanda. Kelompok ini dengan didukung oleh konsep pandang barat melalui program jalur pendidikan, harus dijauhkan dari sistem Islam dan ajaran Islam, serta harus ditarik kedalam orbit pembaratan.

Tujuan akhir dari program ini bukanlah Indonesia yang diperintah dengan corak adat istiadat, namun Indonesia yang diper-Barat-kan. Oleh kerana itu orangorang Belanda harus mengajarkan dan menjadikan kelompok ini sebagai ukuran kebudayaan dan ukuran kehidupan sosial. Kaum pribumi yang telah mendapat pendidikan bercorak barat dan telah terpengaruh dengan kebudayaan Eropah, harus diberi kedudukan sebagai pengelola urusan politik dan pengurusan setempat. Mereka secara berangsur-angsur akan dijadikan tangan-tangan pemerintah kolonial dalam mengemban dan mengembangkan amanat sistem barat. Secara tidak langsung, proses pembaratan ini juga bermanfaat bagi penyebaran agama Kristian, sebab penduduk pribumi yang telah termakan dengan busaya barat akan lebih mudah menerima panggilan misi Kristian. Hal itu disebabkan makna penyatuan budaya itu sendiri, adalah penyatuan antara kebudayaan Eropah dan kebudayaan pribumi Hindia Belanda.

Penyatuan yang dipelopori oleh kaum Penyayi dan Munafik ini akan banyak menuntun rakyat untuk mengikuti pola dan kebudayaan barat. Pemerintah kolonial harus menjaga agar proses transformasi kebudayaan ini seiring dengan evolusi sosial yang berkembang di dalam masyarakat. Harus dihindarkan, jangan sampai hegemoni pengaruh di dalam masyarakat beralih kepada kelompok yang menentang program pembaratan budaya ini. Secara berangsur-angsur pejabat Eropah dikurangi, digantikan oleh pribumi yang telah menjadi ahli waris hasil budaya didikan sistem barat. Akhirnya Indonesia akan diperintah oleh pribumi yang telah terpengaruh dengan kebudayaan Eropah. Konsep-konsep Snouck tidak seluruhnya dapat dijalankan oleh pemerintah kolonial Hindia Belanda, sehingga tak seluruhnya dapat mencapai hasil yang optimum.

Namun setidaknya selama itu telah mampu meredam dan mengurangi aksi politik yang digerakkan oleh umat Islam. Pada akhirnya, umat Islam pula yang menjadi motor penggerak gerakan kemerdekaan Indonesia di tahun 1945. Tanggal 12 March 1906 Snouck kembali ke negeri Belanda. Ia diangkat sebagai Guru Besar Bahasa dan Sastra Arab pada Universitas Leiden. Disamping itu ia juga mengajar para calon-calon Zending di Oestgeest. Snouck meninggal dunia pada tanggal 26 Juni 1936, di usianya yang ke 81 tahun. Kebesaran Snouck selalu dikenang, dialah ilmuwan yang dijuluki ‘dewa” dalam bidang Arabistiek- Islamologi dan Orientalistik, salah satu pelopor penelitian tentang Islam, Lembaga-Lembaganya, dan Hukum- Hukumnya. Ia “berjasa” menunjukkan “kekurangan-kekurangan” dalam dunia Islam dan perkembangannya di Indonesia. Di Rapenburg didirikan monumen “Snouck Hurgronjehuis” untuk mengenang jasa-jasanya dan kebesarannya.

7/03/2009

PANDUAN DAN BATASAN SYARIAT DALAM MEMBENARKAN HIBURAN NYAYIAN.

Oleh:
Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Sumber:
Fiqhul Ghina’ wal Musiqi fi Duil Quran was Sunnah.-(Feqah Nyayian dan Muzik berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)-Oleh Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.

-Sekadar Hiasan-

Di sini, kami tidak lupa untuk menambah beberapa panduan dan batasan yang perlu diambil kira sehingga nyanyian kekal dalam hukum halal. Antaranya:

1-Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus.

Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam. Oleh itu kita tidak dibenarkan untuk menyanyi syair Abu Nuwwas yang menyebut:

Biarkanlah celaanku, kerana celaan adalah satu godaan,
Berikanlah aku penawar dari punca kesakitan itu sendiri.

Juga tidak boleh dinyanyikan kata-kata Syauqi:

Ramadhan berlalu, maka datangkanlah ia wahai penuang-penuang arak
Jiwa yang rindu ingin segera bertemu dengan kerinduannya

Ini kerana syair di atas jelas menyeru kepada arak yang dianggap oleh Islam sebagai ibu segala maksiat. Lebih membahayakan lagi, kata-kata Iliyaa’ Abu Madhi yang bekata dalam satu qasidahnya yang bertajuk at-Tolaasim (mentera atau jampi serapah):

Aku tak mengetahui dari mana asalku, tetapi aku tetap datang!
Aku melihat langkah mereka yang terdahulu lalu aku melangkah!
Aku akan terus mara berjalan sama ada aku suka ataupun tidak!
Bagaimana aku datang? bagaimana aku melihat perjalananku?, aku pun tidak tahu!
Kenapa aku tidak tahu? Aku sendiri pun tidak tahu.

Dalam syairnya ini, dia seolah-olah menimbulkan keraguan terhadap asas keimanan iaitu permulaan hidup, tempat kembali dan soal-soal kenabian. Antaranya juga lagu berbahasa arab pasar yang bertajuk `Min Ghair Leh’ (tanpa sebarang alasan), kerana ia nerupakan terjemahan syak wasangka Abu Madhi ke dalam bahasa pasar agar pengaruh dan kesannya bertambah.
Begitu juga dengan lagu yang mengandungi perkara haram juga ialah nyanyian yang bertajuk: Dunia hanyalah antara rokok dan gelas (arak). Semua ini berlawanan dengan ajaran Islam yang telah melabelkan arak sebagai najis dan amalan syaitan. Islam melaknati peminum arak, pemerahnya (pengilangnya), penjualnya, pembawanya dan semua pihak yang memberikan saham kepadanya. Rokok pula membahayakan badan, jiwa dan harta. Ia juga termasuk dalam perkara buruk yang diharamkan1.

Antaranya juga, lagu-lagu yang memuji-muji pemerintah yang zalim, taghut (melampaui batas) dan fasik yang sedang berleluasa dalam umat kita sekarang. Lagu-lagu sebegini juga bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melaknat golongan zalim dan setiap pihak yang membantu bahkan siapa sahaja yang mendiamkan diri dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan orang yang memuja dan mengagungkan mereka? Sudah tentu lebih jelas pengharamannya.

Lagu-lagu yang memuji lelaki atau perempuan yang bermata galak atau ghairah adalah juga bercanggah dengan adab-adab Islam yang menyeru:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).(An-Nur: 30)."

Dan juga firman-Nya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).(An-Nur: 31)"

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

يَا عَلِيُّ! لاَ تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ اْلأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ اْلآخِرَةُ

"Wahai Ali, janganlah kamu ulang pandang selepas pandangan yang pertama, kerana pandangan pertama adalah untukmu tetapi pandangan kedua bukan untukmu (bahkan dosa ke atasmu).2"

2-Persembahan Yang Tidak Melampau Dan Menggoda

Gaya persembahan juga mempunyai kesan dan kepentingannya. Terdapat lagu yang mana liriknya tidak bermasalah namun cara ia dipersembahkan oleh penyanyi lelaki atau wanita telah mengeluarkannya dari zon halal kepada zon haram, syubhat ataupun makruh. Mereka sengaja memanja-manjakan vokal mereka dan menghairahkan lengguk badan semata-mata untuk membangkitkan syahwat yang dibendung dan menggoda jiwa yang lemah..

Jenis nyanyian sebeginilah yang menjadi fenomena masakini, diminati bahkan digilai oleh para penonton dan pendengar dari siaran tv ataupun radio arab (dan mana-mana radio/TV di seluruh dunia). Hampir semua nyanyian bertumpu kepada aspek tarikan seksual dan segala apa yang berkaitan dengan cinta dan asmara. Ia hanya bertujuan untuk menaikkan keghairahan dan gelora jiwa khususnya di kalangan muda mudi.

Naluri seksual ini adalah perkara yang amat dominan sehingga ada pakar psikologi yang menafsirkan seluruh tabiat manusia dengannya. Naluri seksual sebegini sepatutnya dimartabatkan dan dimuliakan (dengan adab Islam) bukan dibangkit dan dinyalakan dengan perkara-perkara yang menghairahkan.

Al-Quranul Karim memberi arahan kepada isteri-isteri Rasululah dengan ayat:

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).(Al-Ahzaab: 32)."

Bagaimana jika memanjakan dan menghairahkan suara dengan iringan irama, melodi, tarian? (Tentunya adalah lebih diharamkan).

3. Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang haram.

Aspek ketiga ialah: Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak, menagih dadah, muzik yang menghairahkan seperti yang mengiringi lagu-lagu barat masa kini, antaranya yang berkonsep budaya hippies (hip-hop) dan seumpamanya. Begitu juga muzik yang mengiringi nyanyian yang diharamkan yang mana dengan menyanyikan lagu tersebut akan menyebut secara langsung perkara haram tersebut. Contohnya lagu yang menyebut perkataan lucah, berhias dan pergaulan bebas lelaki dan wanita tanpa ikatan dan had. Inilah yang biasa berlaku dalam konsert dan majlis-majlis nyanyian semenjak dahulu lagi, sehingga apabila disebut sahaja majlis nyanyi-nyanyian, gambaran yang datang secara langsung di dalam minda ialah: Arak, dayang-dayang dan perempuan.

Situasi sebeginilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain:

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ
بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللهُ بِهِمْ اْلأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ

Umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain. Mereka dialunkan oleh muzik dan penyanyi-penyanyi. Allah akan membinasakan mereka dan menjadikan sebahagian mereka beruk-beruk dan babi-babi.
Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa: Pada zaman dahulu, untuk mendengar nyanyian, seseorang perlu pergi ke majlis-majlis nyanyian dan bercampur gaul dengan golongan artis dan pembantu-pembantu mereka. Jarang terdapat majlis sebegitu yang bebas dari perkara-perkara yang diingkari syariat dan agama.
Namun pada zaman ini, keadaannya sudah berbeza. Seseorang boleh mendengar lagu dalam keadaan berjauhan dari khalayak dan majlis tersebut. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu elemen yang boleh meringankan hukum dalam isu ini. Ia boleh menyebabkan hukum nyanyian lebih kepada zon diizinkan dan dipermudahkan, jika bebas dari segala kemungkaran.

-Sekadar Hiasan-

4-Tidak Berlebih-lebih Dalam Mendengar Nyanyian

Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah dihadkan agar tidak berlebihan. Allah s.w.t. telah berfirman:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al-Aa’raf: 31)"

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda:

آُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا فِي غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيلَةٍ

"Makanlah, minumlah, bersedakah dan berpakaianlah tanpa berlebihan dan sombong3"

Di sini, Rasulullah mengikat keharusan melakukan perkara yang halal dengan dua jenis ikatan:
Pertama:Ikatan zahir iaitu aspek kuantiti: Menjauh sikap berlebih-lebih dan membazir.

Kedua: Ikatan dari segi kualiti: Jauh dari kesombongan, meninggi diri dan berbangga ke atas orang lain. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah-megah. Mengelakkan pembaziran adalah dituntut dalam segala perkara harus. Tuntutannya lebih kuat dalam hal hiburan, terutamanya bidang nyanyian yang diiringi muzik ataupun tidak, khasnya lagu-lagu sentimental yang hanya menbicarakan berkenaan cinta dan kerinduan. Manusia bukan hanya sudut emosi dan emosi pula bukan semuanya cinta. Cinta pula bukan hanya kepada perempuan sahaja dan perermpuan pula bukannya hany
a jasad dan nafsu sahaja. Oleh kerana itu, kita perlu mengurangkan jenis nyanyian sentimental dan asmara yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. Kita perlu mengatur nyanyian, program dan kehidupan yang seimbang dan saksama antara agama dan dunia. Aspek keduniaan perlu diseimbangkan antara hak peribadi dan hak masyakarat. Aspek aspek peribadi pula perlu diseimbangkan antara hak akal dan hak emosi. Dalam aspek emosi, ia perlu juga diseimbangkan antara seluruh emosi-emosi lain sama ada emosi cinta, benci, ghairah, semangat, kebapaan, keibuan, keanakan, persaudaraan, persahabatan dan lain-lain lagi. Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam meluahkan satu bentuk emosi sahaja akan mengatasi kepentingan emosi-emosi yang lain. Ia akan mengatasi kewarasan fikiran, roh dan kehendak, mengatasi kepentingan, ciri-ciri dan rukun masyarakat, juga ke atas nilai-nilai dan ajaran agama. Oleh itu agama melarang perbuatan melampau dan membazir dalam setiap perkara sehingga dalam perkara ibadat. Jika begitu, tentunya ia lebih dilarang dalam konteks berhibur atau menghabiskan masa dengannya, walaupun hukum asalnya adalah harus. Perbuatan ini menandakan akal dan jiwa yang kosong, lalai dari melakukan kewajiban-kewajiban besar dan tujuan-tujuan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa dia telah mencuaikan banyak hak-hak yang perlu dilakukanya, tambahan dengan singkatnya tempoh dan umur manusia di dunia.

Alangkah benar dan mendalamnya maksud kata-kata Ibnu Muqaffa’:

“Aku tidak melihat berlakunya satu pembaziran melainkan ada suatu hak yang telah diabaikan”.

Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan kitab Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut:

“Seorang yang waras perlu menumpukan perhatiannya kepada tiga perkara: Mencari kehidupan duniawi, mencari bekalan untuk hari akhirat atau keseronokan yang tidak diharamkan.” 4

Oleh itu marilah kita bahagi-bahagikan waktu kita secara adil antara tiga-tiga perkara ini. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah akan mempersoalkan setiap manusia berkenaan umurnya, kemanakah dihabiskannya?, juga berkenaan masa mudanya, apakah yang dilakukan dengannya? 5

Imam al-Ghazali mempunyai pendapat yang baik dalam kitab Ihyaa’ nya berkenaan halangan yang boleh menukarkan hukum nyanyian yang harus kepada haram:
Beliau menyebut halangan kelima iaitu:

Pendengar dari masyarakat awam yang tiada unsur kecintaan kepada Allah tetapi amat menggemari nyanyian dan dia tidak terpengaruh kepada sebarang unsur syahwat. Ketika ini nyanyian yang asalnya haram untuknya akan menjadi harus sepertimana lain-lain perkara harus yang menyeronokkan. Namun apabila dia menjadikan nyanyian sebagai siulannya dan dia meninggalkan kewajiban yang lain (kemaruk), dia tergolong dari kalangan orang dungu yang tertolak persaksiannya. Sifat ingin sentiasa berhibur adalah satu jenayah. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Begitu jugalah keadaannya dengan sebahagian perkara harus yang lain. Terus menerus melakukannya akan menjadikannya dosa walaupun dalam skala yang kecil. Contohnya: Sentiasa berhibur mendengar nyanyian dan tarian kaum Afrika dan Habsyi secara berterusan. Ia adalah dilarang walaupun pada asalnya tidak haram kerana Rasulullah sendiri melakukannya. Antara contoh yang sama dalam hal ini ialah bermain catur yang diharuskan oleh syarak. Namun apabila terus menerus dimainkan, hukumnya akan bertukar menjadi makruh yang amat dibenci. Sekiranya tujuan sesuatu permainan adalah untuk berseronok dan berhibur, ia diharuskan kerana ia dapat merehatkan hari. Kerehatan hati akan menjadi penawar kepadanya dalam beberapa keadaan, membangkitkan semula semangatnya lalu mendorongnya untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia seperti mencari pendapatan dan berniaga, ataupun dalam perkara agama seperti sembahyang dan membaca al-Quran. Kebaikan sebegini akan dapat dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara serius. Ia umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar menjadi hodoh. Alangkah buruknya jika ia berlaku. Begitulah juga dalam masalah ini. Kebaikan pada asalnya akan bertukar menjadi buruk kerana terlalu banyak dilakukan. Bukan setiap perkara elok akan kekal elok apabila dilakukan secara banyak dan berterusan. Begitu juga perkara yang harus. Malah roti adalah harus, namun apabila dimakan secara melampau akan menjadi haram (kepadanya). Begitu jugalah seluruh perkara harus yang lain6."

Tuan Guru an-Nablusi dalam kitab yang bertajuk Idohul Aalat berkata:

“Muzik dan nyanyian yang bercampur dengan arak, zina, liwat ataupun bibit-bibitnya seperti sentuhan ghairah, ciuman, pandangan bernafsu kepada bukan isteri, atau sekadar berazam untuk melepaskan syahwat yang diharamkan atau berkhayal melakukannya dan berangan-angan untuk berada dalam majlis sebegitu, semuanya adalah perkara yang diharamkan. Haram mendengarnya kerana tujuan dan niat tersebut adalah haram. Ia hanya akan mendorongnya melakukan perkara haram yang ada dalam majlis itu, atau perkara haram yang diingininya dalam ilusinya dan dia juga sentiasa membayangkan dia berada di majlis seperti itu. Perkara yang membawa kepada haram adalah haram. Sekiranya tujuan sebegini merupakan kebiasaan di zaman ini, kita tetap tidak boleh menghukum dengan menggunakan firasah dan jangkaan sahaja lalu memfasikkan seorang umat nabi Muhammad s.a.w.. Kita tidak boleh menghukum seseorang kecuali jika perkara yang haram itu jelas berlaku di hadapan mata di mana sudah tidak ada kemungkinan dan takwil yang lain lagi. Mungkin ada orang yang akan berkata: Cetusan hati untuk melakukan syahwat yang haram seperti zina, minum arak dan sebagainya (dan ia tidak dilaksanakan) sebenarnya tidak memberikan dosa kepada pelakunya dari segi syarak. Inilah yang diputuskan oleh para ulama’ dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya. Oleh itu, bagaimana pengharusan nyanyian bersyarat dengan tiadanya cetusan hati yang diharuskan oleh syarak ini? Ada contoh perkara ini dari segi syarak?.
Jawabnya: Ya. Cetusan hati sebegini tidak membawa dosa kepada seseorang sekiranya ia terbuku di hati dan hati masih berbelah bahagi sama ada untuk melakukannya ataupun tidak, selagi tidak menjadi satu keazaman. Namun apabila seorang hamba mendengar nyanyian lalu hatinya bergelora, azamnya menjadi kuat dan syahwatnya mula menyala, ketika itu dia tidak berupaya lagi untuk menolaknya. Ketika itu dia akan melakukan perkara yang dimahukan oleh nafsunya itu, sekiranya dia mampu. Kita ikatkan perkataan `syahwat’ di sini dengan `yang diharamkan’ semata-mata untuk mengecualikan syahwat yang diharuskan. Contoh syahwat yang diharuskan ialah makanan dan minuman halal yang
lazat, perkahwinan (persetubuhan) dengan isterinya dan lain-lain lagi. Cetusan hati kepada syahwat yang halal sebegini sekiranya ia berlaku ketika mendengar nyanyian, tidak akan mengharamkan nyanyian tersebut. Malah nyanyian akan kekal dengan hukum harusnya” 7

5. Berkaitan Dengan Pendengar

Selepas penjelasan ini, tinggal lagi beberapa perkara atapun zon-zon tertentu yang berkaitan dengan pendengar. Perkara sebegini tidak tertakluk dalam sebarang fatwa ataupun disiplin tertentu secara terperinci, malah ia terserah kepada hati dan ketaqwaan seseorang. Para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri. Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan hatinya, lebih dari orang lain. Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan, menyebabkannya berenang di alam fantasi dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual, ketika itu dia perlu meninggalkannya. Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya. Hanya ketika itu sahaja, dia akan terselamat dari fitnah. Inilah yang digambarkan oleh sebuah hadis nabi:

الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْ سُ
وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ

"Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan. 8"

-Sekadar Hiasan-

Inilah yang cuba ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam al-Ihyaa’ ketika menyebut dalil pengharusan dari aspek nas dan maqasid syariah. Kemudian beliau menyebut halangan kepada nyanyian yang menukarkan hukum harus kepada haram. Beliau berkata:

"Halangan keempat adalah dari diri pendengar itu sendiri. Jika pendengar seorang pemuda yang mudah dikuasai oleh nafsu syahwat dan sifat ini lebih menonjol dari sifatnya yang lain. Mendengar nyanyian adalah haram baginya sama ada dia dikuasai perasaan cinta kepada seseorang ataupun tidak. Orang yang sebegini akan bangkit syahwatnya walaupun dengan hanya mendengar sifat rupa paras, pipi, perpisahan dan percintaan dan sebagainya. Dia sentiasa mengkhayalkan imej-imej yang tertentu lalu syaitan meniupkan api syahwat ke dalam hatinya yang akan mendorongnya kepada kejahatan.
Keadaan ini merupakan bantuan kepada kumpulan syaitan dan satu kekecewaan kepada yang menjadi batu penghalang kepada kumpulan Allah. Pertarungan antara tentera syaitan (syahwat) dan tentera Allah (cahaya akal) akan sentiasa berlaku di dalam hati, kecuali dalam hati yang telah dikuasai oleh salah satu pihak secara total. Kini, kebanyakan hati telah dimenangi dan dikuasai oleh tentera syaitan. Justeru, pertarungan ini belum selesai. Ia perlu disambung semula untuk menggugat dan menghalangnya dari memperbaharui senjata, pedang dan segala peralatannya. Bidang nyanyian adalah merupakan pengasah senjata syaitan kepada orang yang sebegini. Oleh itu dia sepatutnya meninggalkan keseluruhan nyanyian kerana ia akan memudaratkannya.9"

___________FOOTNOTE___________________
1 Lihat fatwa kami secara terperinci dengan tajuk: `Merokok Menurut Pandangan Nas dan Prinsip Syariat’ dari kitab Fatawa al-Mu`asirah jilid yang pertama.

2 Riwayat Abu Daud (2149), at-Tirmizi (2778) dan berkata: Hadis hasan gharib. Kedua-dua riwayat ini dari Buraidah. Juga diriwayatkan oleh Ahmad dari Ali (1373). Syeikh Syakir berkata: Sanadnya sahih. At-Tobrani meriwayatkan dalam kitab al-Awsat. Perawinya adalah thiqah. Begitulah juga yang diperkatakan oleh al-Haithami (4/277), riwayat al-Hakim (3/123) yang disahihkan dan dipersetujui oleh az-Zahabi.

3 Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Amru. Al-Albani telah menghasankan hadis ini dalam kitab sahih al-Jamiek as-Soghir (4505).

4 Riwayat Ibnu Hibban dari hadis Abu Zar dan hadis ini amat daif. Namun kita boleh melihatnya dari sudut hikmah yang tinggi.

5 Sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadis Ibnu Mas`ud dan Abu Barzah yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi. Lihat Sahih Jamiek as-Soghir (7299 dan 7300).

6 Lihat Ihyaa’ Ulumiddin (2/283).

7 Kitab Idohil al-Dilaalat Fi Simaa’ al-Aalat karangan Syeikh Abdul Ghani al-Nablusi (ms 38, 61 dan 40).

8 Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir

9 Al-Ihyaa; (2/283).

Perbaiki Akidah

Pada post yang berikutnya ini, saya begitu tertarik untuk memperkatakan atau pun lebih moleknya mendikusikan tentang bida’ah mungkar yang berleluasa di zaman sekarang. Akidah umat islam dibelenggu dengan pelbagai bentuk pemikiran yang tidak didasari pandangan mahu pun pendapat atau yang sedia termaktub didalam syarak islamiyah. Begitu juga halnya menjadikan masyarakat secara umumnya kian terpesong lantas secara mudah dipengaruhi dakyah fikrah songsong yang didalang oleh musuh-musuh islam sendiri.

Apabila mengada sesuatu perkara secara berlebihan menjadikan perkara tersebut ditolak amalannya

Perkara inilah yang sentiasa dinanti-nantikan mereka. Lihat saja bagai mana tumbangnya pimpinan khilafah islamiyah walhal suatu ketika begitu agung malahan kehebatan tokoh yang lahir sewaktu zaman tersebut seperti saidina Umar al-Khatab juga diikhtiraf orientalis sejarahwan barat. Sketsa molek berkenaan turut menjadi pemangkin kepada kebangkitan masyarakat ummah yang mula berfikir untuk menggerakkan islam ini kehadapan.

Senada dengan perkembangan era ketamadunan islam, umat islam tidak lekang juga dikotak-katikkan dengan beribu macam ajaran yang ternyata tidak diketahui asal usulnya, sama ada ajaran berkenaan benar-benar datang daripada baginda Rasulullah sendiri atau sebaliknya. Benda itu bukanlah suatu perkara yang remeh untuk dibincangkan.

Hal ini demikian atas rasa kebimbangan kita semua khususnya ummah di zaman sekarang untuk tidak lari daripada akidah syariat yang sebenar seasli apa yang pernah diajarkan baginda Rasulullah dahulu. Adalah ini merupakan tanggungjawab bersama antara kita semuslim untuk saling betul memperbetulkan.

Bida’ah mungkar ini begitu sinonim dengan gaya kehidupan masyarakat islam sekarang. Tidak hairanlah jika terdapat segelintir masyarakat yang bertanggapan bahawa perkara yang dilakukan ini adalah sunnah Baginda Rasulullah saw. Pendapat mereka juga disokong dengan pandangan hal berkenaan pernah dilakukan sebagaimana nenek moyang mereka dulu.

Walau bagaimanapun, mereka juga tidak mengetahui pandangan golongan ulama terkini mahu pun terdahulu masing-masing menyuarakan pendapat benda tersebut adalah diklasifikasikan sebagai bidaah mungkar. Hal ini demikian apabila masyarakat islam lebih suka mendalami agama tanpa rasa kesungguhan. Jesteru, masyarakat semakin leka dalam mengintegritikan keshahihan setiap ajaran dalam islam.

Islam sering diperkatakan iaitu The Way of Life. Demikian disebabkan islam telah menggariskan setiap tatacara mahu pun pelakuan mengikut apa yang diperintah Allah swt. Jika kita menjalankan kajian selidik mengenai islam dan membuat perbandingan pada lain-lain agama. Betapa islam ternyata sangat unique dan indah. Malah, islam menjadikan insan untuk lebih sempurna dalam kehidupan harian mereka. Kita tidak akan dapat melihat pemuda yang memiliki akhlak LUAR BIASA. Hal ini apabila islam itu berjaya dipraktikkan secara keseluruhan. Inilah kelebihan agama islam.

Namun, kita sedikit merasa terkilan kewujudan fahaman lain yang menyelisip masuk dalam ajaran islam pada hari ini. Benda-benda tersebut umpama hanya mencalar keindahan mahu pun keaslian islam itu saja. Dari satu sudut perspektif pula islam bakal dihujani dengan tuduhan palsu, dan perkara ini tidak mustahil jika usaha dakwah kita pada penganut agama lain akan terencat begitu saja.

Perkara ini sangat mudah untuk kita fahami. Dan ianya tidak menjadi suatu impossible bagi umat islam sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk menegakkan yang benar. Hal ini kerana benaran itulah yang menjadikan kita mengenal kemanisan islam. Malah, kita akan merasa lebih beriman dan berlakulah seperti apa yang sering kita sebut, iaitu islam sebagai “jalan tatacara kehidupan”.

Tok Batin Stop

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin menuganggang motor kap-cainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya. 'Tok, tumpang ke Pekan" " Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. 'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni" "Apa salahnye, naiklah di belakang"

-Sekadar Hiasan-

Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang.
Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati."Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi"
"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi........"