4/10/2009

Hari berganti Hari, Bulan berganti Bulan

Assalamualaikum wbt..
Syukur kepada allah swt yang telah memberikan nikmat dan rezeki ini. Dengan ini saya dapat menyambung semula cerita yang sebelum ini tidak dapat sya teruskan disebabkan factor-faktor tertentu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Beginilah saya masih tidak dapat lagi berjalan seperti biasa. Maklumlah kan.. nahas kemalangan yang menimpa pada bulan satu yang lalu. Disini, sya ini juga berpesan kepada shabat-sahabat yang memiliki kenderaan agar berhati-hati ketika menunggang motosikal atau pun memandu kereta. Jadikan saya sebagai “contoh”, aisehmen.. asiflah berceramah.. Korang pun da semakin dewasa dan matang. Pandai2 lah kan menjaga diri.

Alhamdulilah.. saya semakin berada dalam keadaan yang baik. Tidak perlulah risau (eleh, perasaan la tu. Mcm dia saja yang orang risaukan) dengan saya aisehmen.. 8 hari bulan yang lepas adalah kali keempat saya pergi ke hospital queen kota kinabalu. Mcam biasa, saya akan menjalani pemeriksaan pada bahagian kaki yang cedera tu. Sebelum pergi ke sana, saya dapatkan pemeriksaan x-ray. Pemeriksaan ne akan saya buat di hospital kota belud sehari sebelum medical check dekat Kota kinabalu. Sudah empat kali saya menjalani pemeriksaan X-Ray. Nampak gaya, kali ini doctor memaklumkan bahawa “yang cedera” tu semakin bertambah baik. Insyaallah, saya akan pulih dalam masa 2 bulan lagi (tidak dapatlah ikut program AKAINSIS kali ini).

Pada hari medical check, saya bersama rombongan ahli keluarga.. pergi ke hospital kota kinabalu. Kami tiba sebelum jam 10 am. Almaklumlah, dicatitkan pada surat appointment tu, saya dikehendaki untuk berjumpa dengan doctor pada pukul 10 nanti. Tetapi, kebiasaan yang terjadi tidaklah mengikut seperti mana yang dikehendaki. Kadang2 lewat jugalah kerana factor keberlambakan people yang hadir pun mahu menjalani pemeriksaan. Tempat pemeriksan tu berada di bangunan baru, tingkat 3, bahagian klinik orthopaedics atau kata lainnnya, klinik tulang.

Huhu.. keberamaian tu memang membikinin boring. Terpaksa lah ikut giliran. Ne la ujian tarbiyah, mengajar erti kesabaran pada hamba-hambanya. Akhirnya tiba juga giliran saya, 5731, aisehmen.. daripada giliran 5718 (time sampai tempat tu, jauh beza). Menerusi pemeriksaan yang teliti yang dilakukan doctor (banyak kali dia keluar dari bilik, agaknya dia terpaksa mendapatkan nasihat doctor lain yang lebih pakar). Doktor tu memberitahu bahawa besi yang dipasang pada kaki tu bakal dibuka dan digantikannya dengan pembalut simen.

Saat ne, agak gerun jugalah. Tapi, sebagai lelaki sejati, aisehmen, kenalah hadapi benda2 macm ne. Pantang terkeluar air mata tau. Kalau keluar je, makna bukan lelaki sejati la tu. Betul ke prinsip tu? Atau sekadar mitos jak.

Proses menggantikan elemen besi kepada pembalut simen tu tidak jugalah memakan masa yang lama. Dibandingkan time saya menjalani pembedahan tu, kali ini masa yang diambil hanya dalam tempoh 45 minit jak.

Sekarang, saya boleh bergerak lebih bebas lagi. Dengan memakai pembalut simen ne, saya mampu menghilangkan rasa kerisauan. Almaklumkan, kalau pakai besi tu, masyallah tabrakallah, agak bahaya juga lah, kot2 boleh sangkut.

Terima kasih lagi sudi memdoakan saya selama ini. Selama ne, banyak benda yang korang berikan pada saya. Sumbanganlah, barang2 makananlah, agak menyentuh perasaan saya. Sekali lagi, terima kasih yer. Jika ada apa2, insyallah saya akan sedia kongsikan pada anda semua.

2 ulasan:

pengarah berkata...

assalamualaikum tuan..insyallah kami di sini sentiasa mendoakan kesembuhan dan keberjalanan semula tuan..jangan risau tuan kaulah harapan ip sekarang ni..kesihatan tuan kami semua nanti-nantikan..program akainsia tetap ada sesi depan..matupang pun..hehehe

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

salam

astagfirullah.. waina.. jangan begitu bah. Risau saya nanti. Belum layak lagi aku ne tau. Kmu pilihlah lain orang. Sem depan mahu consentrate satu hal yg lebih penting lagi. huhu..