4/02/2009

ANTARA DUA DARJAT, KAPITALIS ATAU EKONOMI ISLAM?

Kini jelas sistem kapitalis yang diadaptasikan pada aplikasi kewangan adalah polisi terburuk di abad ini. Sama sekali tidak menyangka akan kemunculan “taring sebenar” sistem kapitalis ne hingga menyepit kehidupan kita. Ketika sistem ini berada dikedudukan yana amat tinggi. Ramai oreintalis eko yang percaya bahawa inilah dia sistem jitu yang terbaik pernah diwujudkan. Bermula dengan teori yang dipelopori Adam Smith mengenai “wealth of nation” hingga berkembang kepada thomas malthus yang banyak menekankan soal “welfare” dan “the population of nation”. Kemudian, teori ini dikembangkan hingga membentuk sebuah sistem pasaran ekonomi yang bebas, iaitu kapitalis. Amerika syarikat merupakan negara pertama yang mengaplikasikannya dalam ekonomi mereka. Buktinya, sistem ini menjadi salah satu faktor renainsance kepada kebangkitan negara berkenaan.

Akhirnya revolusi perindustrian muncul dengan tidak disangka-sangka. Berikutan hasil penyelidikan, mereka mampu mencipta pelbagai facilitates yang berguna. Demikian itu juga menenggelamkan kepentingan sistem agropolitan yang wujud dan sistem kapitalis berkembang hingga ke hari ini. Walaupun wujud campur tangan kerajaan misalnya cukai supaya pasaran eksport dan import terkawal. Tetapi, sistem kapitalis ini masih penting kerana mekanisme yang dimainkannya bukan saja memperbaiki sektor-sektor yang wujud, malah mampu mempertingkatkan ekonomi sesebuah negara. Namun, sejauh manakah ia benar-benar berkesan? Amerika Syarikat ialah negara yang tersangat menyukai sistem ini. Sebaliknya, sistem ini jugalah yang menghancurkan mereka. Jelas kita dapat lihat akan fenomena timbal balik, iaitu suka dibalas hancur. Inilah bukti kukuh betapa sistem kapitalis tidak releven untuk diaplikasikan, apatah lagi kita ini yang dilabelkan "contoh" kepada dunia islam.

Sudah tiba masanya, kita sebagai mujtahid yang memperjuangkan sistem ekonomi yang lebih halus, “mesra alam”, dan terbaik, menyahut kebangkitan sistem ekonomi islamic. Pertingkatkan ilmu mengenai sistem ini dan kita seharusnya tidak memandang remeh tentangnya. Sedarlah sistem ekonomi islam ialah sebuah sistem ekonomi yang lebih kondusif dan kompetitif. Lebih banyak lagi peluang ekonomi yang boleh digemblengkan sekiranya sistem ini diaplikasikan kelak. Kita akan dapat melihat suatu keadaan yang mana para pelabur akan sentiasa memperolehi pulangan lumayan. Dan para penghutang juga tidak terlalu tertekan untuk melunaskan hutang mereka. Inilah sebahagian perolehan yang menguntungkan kita semua. Jangan salah anggap bahawa sistem ekonomi ini kurang berkesan.

Sinonim dengan krisis ekonomi sekarang. Sistem kewangan islam kian tumbuh dan mengembang. Lebih meyakinkan lagi bahawa bukan negara islam saja yang adaptasikannya tetapi negara asia yang bukan berdaulatkan islam malahan barat sendiri pun mula mempercayainya. Di Jepun, bank-bank mereka telah diberikan inisiatif dan galakkan untuk menggunakan sistem kewangan islam. Hal ini kerana mereka begitu mempercayainya dan kepercayaan ini didasari atas kecekapan sistem ini berperanan dalam aspek money market dan investment. Walhal yang sama juga berlaku di negara barat, contohnya the Great Britain. Negara Britain turut mengambil bahagian dalam pertumbuhan perbankan islam. Apabila mereka semakin yakin atas keutuhannya. Buktinya, sistem ini lebih selamat dan kukuh untuk jangka masa yang panjang.

Di malaysia, kita juga turut tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa sistem kewangan islam. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Tan Sri Zeti, iaitu gabenor Bank Negara Malaysia, sistem kewangan islam negara kita berkembang dengan baik malah mampu menjadi icon atau pempelopor untuk masa yang akan datang. Hal ini merupakan satu petanda positif yang boleh kita syukuri. Dan kita amat mengharapkan agar sistem ini akan terus menjadi sebuah medan mekanisme yang kukuh di masa-masa kelak.

2 ulasan:

generasi08 berkata...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah...

Kupasan yg menarik. Bakal pakar ekonomi kan ni? Setuju dengan apa yang didiskusikan. Bilalah agaknya negara kita akan bersedia mengaplikasikan ISLAM sebagai satu cara hidup? Perjalanan berliku pebuh duri. Teruskn dik.

Muslimin Agung berkata...

Salam WUFI

Semoga sistem kewangan ISLAM akan terlaksana jua