4/16/2009

Ringgit Antarabangsa?

Suntikan Dana kepada Taraf Hidup


Nilai wang Ringgit mampu diperniagakan ke peringkat antarabangsa. Menerusi revaluasi matawang yang bakal ditingkatkan kelak. Suatu rangsangan ekonomi tersuntik dan memperrancak perkembangan sektor primer, sekunder dan tertier Negara. Perkara ini dijelaskan Gabenor Tan Sri Zeti yang memberitahu bahawa kestabilan konsisten mata wang Malaysia membolehkan nilainya ditawarkan ke tahap tinggi, iaitu antarabangsa. Credit Collapse, iaitu kejatuhan sistem kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat, sedikit sebanyak merencatkan kekukuhan nilai wang Ringgit.

Nilai wang ini susut kepada sedolar RM3.65 jika dibandingkan sebelumnya pada RM2.90. Ia hampiri nilai tambatan RM3.80 yang diperkuatkuasakan bagi menghadapi krisis kemelesetan ekonomi pada tahun 1998. Keruncingan aplikasi kewangan menjejaskan Ringgit pulih kembali kukuh ke nilai RM2.50 sebelum krisis kemelesetan. Ramai penganalisis ekonomi berpendapat penambatkan semula Ringgit adalah tindakan paling sesuai menyelusuri kompleksnya ekonomi. Walau bagaimanapun, nilai Ringgit tetap konsisten buat masa ini dan kukuh dibandingkan dengan mata wang Dolar.

Pemulihan harga Bursa Saham Negara yang meningkat beberapa hari kebelakangan. Elemen yang mendorong nilai Ringgit melonjak naik kepada RM3.59 daripada RM3.65. Sentimen ini petanda positif yang menunjukkan bahawa nilai mata wang dapat bertahan tanpa dilaksanakan tambatan. Jika nilai Ringgit terus meningkat dalam beberapa bulan daripada sekarang. Maka kemungkin besar Ringgit diniagakan ke peringkat antarabangsa boleh dicapai. Berdasarkan revaluasi wang ini, banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah menyuntik pendapatan faktor dari luar Negara seperti barangan eksport di Asia, Eropah, Afrika, dan paling utama, iaitu asia tenggara.

Jesteru, langkah menilaikan Ringgit Antarabangsa juga akan memperkembangkan perniagaan tempatan, khususnya pada Industri Kecil Sederhana (IKS). Peluang baru perniagaan boleh yang dicungkil bakal dinikmati mereka. Dengan ini merangsang pertumbuhan IKS di samping bantuan pelaburan menerusi tarikan pulangan yang ditawarkan mereka. Imbuhan dana tambahan pendapatan itu juga mampu membantu mereka meluaskan pasaran bukan saja di seluruh tempatan, malah pasaran Asean, Timur Tengah, Asia seperti Jepun, China, dan India, serta Eropah.

Timbul lagi persoalan, apakah dengan Ringgit Antarabangsa ini? Nilai wang RM500, 1000 akan diperkenalkan semula? Benda ini sudah tentu menjadi bahan penyelidikan pihak Bank Negara Malaysia. Sekiranya ia dilaksanakan kelak, anjakan ekonomi bakal diramalkan. Sekali lagi, aliran money market akan kecairan. Seterusnya mempertingkatkan minat invester memasuki pasaran domestik kelak.

Sama-sama kita nantikan…


1 ulasan:

Muslimin Agung berkata...

Salam WUFI

Huhuh..mengerunkan bila pakar ekonomi ni membentangkan analisisnya. Mabruk dik. Teruskan berfikir untuk kemajuan ekonomi ummah