3/17/2009

What is Your Destiny?



“Setiap suatu tragedi yang menimpa, ia pasti mempunyai hikmah yang sebaliknya”

“Andaikata sesuatu peristiwa itu berlaku, ia akhirnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan kita. Maka yakinilah bahawa peristiwa itu sebenarnya Ujian daripada Allah swt agar dapat menunjuk ajar dan mendidik diri kita yang lemah.”




Memang menarik sekali kan. Inilah mesej yang hendak saya sendiri sampaikan selepas satu tragedi yang menimpa. Entahlah, saya sendiri pun tidak menginginkan kejadian sebegini berlaku. Namun, saya sendiri tidak berdaya untuk mengelak perkara tersebut. Dan, benarlah seperti yang difirmankan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah pada ayat 117. Berdasarkan rujukan tafsir, ayat ini menceritakan bagaimana sifat Kebesaran Allah swt itu yang memiliki kekuasaan tanpa batasan. Allah swt mampu menciptakan sesuatu kejadian bukan saja pada makhluk khususnya, tapi Allah swt bijak menentukan nasib baik dan buruk makhluk ciptaannya yang digelar manusia.

Allah swt juga ada menfirmankan bahawa setiap insan di dunia ini pasti akan diberikan ujian bagi mengenal pasti ia benar-benar beriman atau sebaliknya. Kita lihat sajalah bagaimana kaum-kaum terdahulu yang diuji dengan pelbagai nikmat. Nikmat yang Allah swt berikan pada mereka begitu banyak. Namun, mereka tidak ingat dan gagal mengambil iktibar pada setiap kesenangan mahu pun ujian itu. Akhirnya, Allah swt membiarkan mereka untuk terus tenggelam dengan nikmat yang mereka perolehi dan terpesong jauh daripada landasan yang benar.

Bagi mereka yang memiliki keimanan yang tinggi turut tidak terlepas daripada menerima ujian Allah swt. Pelbagai masalah yang datang sama ada dalam bentuk kesenangan mahu pun kesusahan. Yang pasti ujian inilah yang menjadi titik pengukur kepada darjat keimanannya. Jika iman kita begitu utuh menghadapi ujian ini, pastinya ganjaran Syurga akan kita perolehi kelak. Tetapi, NA’UJUBILLAH jika Neraka yang akan kita temui di akhirat nanti. Kita semua sama-sama tahu, tiada manusia pun yang ingin masuk ke Neraka kan. Kita semua mengidamkan Syurga Allah swt dan kita juga ketahui bahawa hanya mereka yang LAYAK saja yang akan menghuninya.

Kita harus sedari dan sering musahabah diri selalu. Apabila ia kita praktikalkan, pastinya kita akan menyedari hakikat keimanan yang kita ada. Kalau kita ingin tersangat mengidamkan Syurga Allah, maka jawabnya kita kena berusaha dengan sedaya upaya mempertingkatkan iman dan cuba memperbaiki kelemahan kita. Tidak mustahil untuk seseorang itu merubah dirinya. Cuma kita pastinya akan diuji dengan terlebih dahulu. Allah swt penentu kepada nasib yang kita perolehi dan sebelum itu kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Seperti mana yan Allah firmankan bahawa nasib seseorang itu tidak akan berubah jika ia sendiri merubahnya.

Sesuatu perkara sebenarnya tidak susah untuk kita capai. Namun, ia bergantung pada sejauh mana usaha untuk mencapai target kita. Pastikan diri kita sentiasa dalam keadaan sabar dan hindari daripada sikap mudah putus asa. Jesteru, kita kenalah banyakkan mempelajari pengalaman yang kita lalui. Mungkin dari sana, kita mampu belajar membuat keputusan dengan lebih tepat. Pada masa yang sama, kita hendaklah memperbanyakkan amal ibadat agar memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah swt. Harus diingat bahawa Dialah yang Maha Berkuasa menentukan segala kejadian di alam yang fana ini. Mudah-mudahan melalui usaha kita itu, Allah swt akan memperkenankannya.


Tiada ulasan: