1/09/2009

Presiden Bush, perancang ekonomi yang BODOH

Seluruh sistem ekonomi telah dilanda masalah yang sangat teruk berikutan dengan krisis ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat. Ekoran dengan cara yang diguna pakai oleh kerajaan amerika. Sistem kewangan mereka gagal berfungsi dengan baik. Kita dapat lihat saja bagaimana kelumpuhan kewangan yang berpunca dengan dasar fiskal yang kurang berkesan. Semasa zaman pemerintahan presiden Bush, Beliau kurang bijak untuk membuat keputusan yang bijak sehingga mengakibatkan masalah krisis kewangan pada kali ini. Lihat sajalah cara beliau mengurus ekonomi negara US. Beliau menggunakan taktik fiskal dengan mengurangkan cukai ke atas golongan berada. Bush mengharapkan bahawa golongan ini berada akan lebih aktif untuk berbelanja lebih. Tetapi, usaha ini gagal kerana orang kaya AS tidak menggunakan alternatif itu sebaliknya lebih banyak berbelanja ke negara luar.

Langkah bodoh itu akhirnya disedari semula kerajaan Bush. Lantas mereka mengatur semula dasar sedia ada dengan menurunkan kadar feadah. Tindakan ini pun mengundang masalah yang lebih berat lagi. Hal ini kerana masalah utama Amerika Syarikat adalah lebihan pelaburan khususnya pada sektor perumahan. Bush yang bodoh itu juga tersilap langkah dalam membuat jangkaan tentang penurunan kadar faedah terbabit. Pertama, Bush lupa akan kesan penurunan kadar bunga menyebabkan minat pelabur menyusut. Kedua, kadar rendah akan mendorong rakyat untuk lebih banyak membuat pinjaman.

Pada masa yang sama, masyarakat amerika syarikat sendiri amat berminat untuk membuat pelaburan pada sektor perumahan. Di tambah lagi sektor perumahan pula yang berkembang pesat, hal ini menjanjikan kepuasan pada warga US bagi memiliki rumah idaman mereka. Seterusnya kadar faedah yang rendah mendorong mereka untuk membuat pinjaman di bank menerusi pakej pinjaman yang disediakan tanpa memperdulikan kedudukan latar belakang ekonomi mereka.

Keadaan ini akhirnya menjadi parah apabila kadar faedah dinaikkan oleh kerajaan Bush. Tindakan Bush ini yang tidak menyedari perkara yang dialami golongan berpendapatan rendah itu akhirnya menyebabkan kelembaban ekonomi yang teruk di negara mereka. Kelembapan ekonomi ini juga merebak ke seluruh dunia. Memandangan pada masa kini, negara AS adalah pusat perdagangan antarabangsa. Sudah tibanya untuk kita fikirkan bahawa amat releven sekali sekiranya negara pengeksport dan pengimport keluar dan mencari lokasi perdagangan yang baru.

Tiada ulasan: