3/19/2009

Syukran jazilan semua




Assalamualaikum wbt..

Syukur kpd Allah swt, saya masih diberikan peluang dan rezeki lagi walau pun masih dalam keadaan yang agak kronik, kata orang. Sudah sekian lama saya menantikan saat ini. Maklumlah kan..saya hanya mampu duduk di rumah saja. Naluri keinginan saya sentiasa membara untuk berjalan keluar daripada rumah. Saya inginkan kehidupan sedia kala.. iri hati rasanya pa bila melihatkan mereka yg sihat. Mereka mampu berjalan dengan sempurna. Bisa melakukan kerja mahu pun aktiviti harian dengan baik. Sementara, saya pula hanya mampu baring dan duduk kerusi. Bukan bermaksud saya ne tengah boring, cuma saya tidak seberapa gemar dengan keadaan sekarang. Tetapi, insyaallah, buat masa ne, ada jugalah aktiviti2 yg boleh saya lakukan seperti menelaah bahan2 bacaan, menuntun televisyen, mengikuti siaran radio, dan yg paling penting sekali.. Nak tahu? Ha.. menuntun gelagat anak buah yg nakal dn menghiburkan. Tu la, rugi nda melawat sya di rumah. Dekat ja bah.. nk kena jemput lagi? Bah.. silakan lah datang rumah ana di Kota Belud..

Alhamdulilah.. saya tersangat berasa terharu pa bila ramai sahabat yg sudi melawat sewaktu saya berada di hospital SMC, Queen KK, mahu pun di H.Kota Belud. Terima kasih banyak2 atas kesanggupan anda semua menjenguk saya. Betapa hati ini sangat gembira atas lawatan korang semua. Sehingga seketika saya mampu melupa kesakitan pada bahagian kaki yg cedera. Memang saya rasa bersyukur sangat dengan segala pemberian yg korang bawa time tu. Insyaallah, saya senantiasa menghargai jasa baik anda semua dan berjanji untuk menjaga kesihatan supaya cepat sembuh. Saya mengerti masih banyak lagi benda yg hendak kita semua lakukan bersama. Mungkin ketiadaan saya, tidak juga membawa impak gangguan dalam pelaksanaan sebarang aktiviti. Tetapi, saya akan berasa sedih andai diri ini terkecuali daripada mengikuti aktiviti terbabit.

Tidak semua yg melalui keadaan ini. Tidak semua yg menginginkannya termasuk juga lah saya. Peristiwa ini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman ne mematangkan lagi saya. Di usia anda sedang mencapai peringkat usia dewasa. Banyak benda yg kena kita semua lalui sebelum mencapai usia ini. Susah senang yg saya lalui begitu payah untuk saya ceritakan pada anda semua. Daipada peristiwa ini, pelbagai benda telah saya pelajari terutamanya bagaimana kita dapat mengawal tindakan secara lebih matang dan tenang. Bagi saya dua elemen ini adalah kekurangan yg saya sedari sebelum-sebelumnya. Dulu saya lebih suka melakukan perkara yg kurang matang. Hal ini telah banyak mempengaruhi tindakan saya sehingga alpa. Demikian juga hal dalam kegagalan saya membuat keputusan lebih tepat. Sering kali saja saya dipengaruhi tindakan terburu-buru, makanya ia memberikan hasil yg gagal pada sya.

Jika dikenang kembali peristiwa ini.. Selesai berunding siapa yg harus dipersalahkan.. hehe.. saya telah di bawa pergi ke hospital likas dengan menaiki kenderaan proton miliki seorang abang. Lupa suda nama, lagi pun time tu saya hanya mampu memikirkan bagai mana saya hendak menghentikan rasa kesakitan yg dialami. Masyaallah susah untuk saya terangkan mcm mana tahap kesakitan tu. Ana yakin yg anda pun tidak ingin mengetahuinya. Tibanya di hospital likas, saya dibawa masuk ke wad kecemasan untuk diberikan rawatan. Setelah dipembaringan, kaki saya dirawat dan bermacam-macam soal mereka tanya bagai mana kemalangan tu menimpa saya. Pada masa saya juga saya telah didatangan dua orang sahabat pejuangan. Lupa pula nma akak dn seorang lagi tu. Tetapi saya berasa sangat gembira dengan kehadiran dorang. Sedikit sebanyak memberikan saya kekuatan untuk menghadapi hal tu. Kmudian, saya telah diberitahu bahawa saya akan dipindahkan ke hospital SMC kerana kemudahan yg lebih lengkap... Ikuti saja pengalaman berikutnya.. sekali lagi..

Syukran jazilan semua dan barakallahu fikh!!


Tiada ulasan: