1/08/2009

Detik Kebangkitan








Pemergian As-syahid Syeikh Ahmad Yasin telah menimbulkan kemarahan khususnya buat penduduk Palestin. Pengorbanan beliau dalam membangunkan kekuatan Palestin menjadi tanda ingatan penduduk pelastin disepanjang sejarah negara berkenaan menentang penjajahan zionis. Betapa dahsyat hukuman yang Israel berikan kepada beliau..
Namun, itu sedikit pun tidak menggentarkan mujahid-mujadid palestin untuk terus dan terus berjuang demi memartabatkan maruah islam yang kian terancam.


Saban hari, banyak mujadid palestin yang gugur di medan perjuangan mereka menentang kaum Zionis yang bertekad menghapuskan mereka di bumi tanah palestin. Keadaan mereka sukar lagi digambarkan betapa teruknya infrastruktur yang binasa angkara dihembap bom-bom aktif. Mereka tidak lagi mampu menikmati kehidupan yang senang jika dibandingkan dengan kita di Malaysia. Lihatlah saja kaca tv di rumah anda, kita boleh perhatikan suasana yang huru-hara. Ada remaja mahupun dewasa lelaki yang syahid, manakala wanita pula merintih menangis dan meraung kerana kehilangan ahli keluarganya yang tersayang. Kerut keringat perjuangan mereka jika mampu ditadah, tidak akan cukup ditakung dalam kolah 10 x 20 kaki. Jelas sekali usaha keras mereka itu, apatah lagi mereka hanya menggunakan senjata batu saja. Adakah itu sudah cukup mampu menentang zionis ini? Memang tidak memadai.. Segala usaha yang mereka curahkan itu belum cukup tanpa bantuan dan kerjasama daripada umat islam seluruhnya..
Kita Turut Membunuh Bayi Palestina.. Inilah yang cuba dibangkitkan oleh setiap insan yang memiliki kesedaran. Kita sebagai umat islam seharusnya menyedari hakikat ini. Kita umat islam yang memiliki rasa kecintaan terhadap saudara seagama kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan bantuan sekiranya saudara seagama kita menghadapi kesusahan. Bagaimana cara kita melaksanakan tanggungjawab kita itu? Segeralah kita bangkit daripada lamunan. Hindarilah diri anda dari menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan. Cubalah mengambil iktibar pada saudara palestin kita. Mereka memerlukan bantuan dan kekuatan kita untuk menghancurkan kerajaan zionis yang kejam. Marilah kita memboikot barangan zionis dan seteru zionis, US. Mereka juga turut terlibat dalam konspirasi jenayah perang ke atas palestin. Dengan meruntuhkan tembok ekonomi US, pastinya bisa mengurangkan bebanan yang dialami saudara kita di palestin. Mudah-mudahan dengan cara ini, mujadid-mujadid akan dapat mengumpul kekuatan dan strategi menimbal balik serang tentera zionis.

Tiada ulasan: