1/08/2009

Palestin milik umat Islam




Kita perlu bersama-sama berjuang untuk mempertahankan palestin walau dengan apa cara termasuk juga dengan menggadaikan nyawa sekiranya perlu. Saya dengan semena-mena bertanggungjawab untuk mengongsikan fatwa tentang perlunya kita memboikot semua barangan amerika kerana menjadi pendukung kepada kekejaman kaum zionis terhadap palestin. Seperti mana yang kita ketahui bahawa aqidah umat islam keseluruhannya mengakui masjid al-Aqsha menjadi kiblat pertama umat islam (QS Baqarah: 142-143). Jesteru, tanah bumi palestin juga menjadi tempat bersejarah dalam islam, iaitu tempat Isra’ Mi’raj (QS Isra: 1).

Palestin juga bumi para nabi yang terdahulu, dan dianggap sebagai bumi yang penuh dengan keberkahan “alladzi barakna haulahu” (QS Isra: 1). Malah, ia juga bumi jihad kaum muslimin di akhir zaman. Hal ini disokong dengan sanad yang dibawa oleh Abu Hurairah yang berbunyi “Bhw tdk akan terjadi Kiamat sblm kaum muslimin memerangi Yahudi, sehingga batu dan pohon2 akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi tsb, kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)

Berdasarkan apa yang saya terangkan pada artikel yang di atas. Jelas sekali bahawa bumi palestin sangat penting untuk kita semua pertahankan. Segala kejadian yang berlaku bukanlah hasil daripada kebetulan semata-mata. Kita harus fahami setiap deti-detik sejarah yang berlaku dan yang mengikut urutan peristiwa itu adalah kehendah Allah swt (QS Baqarah: 66/ QS Fath: 11). Cuba kita renungi sejenak kisah penubuhan Negara Yahudi. Penubuhan Negara zionis sebenarnya bersandarkan pendiri gerakan Zionisme Internasional yang dikenali sebagai Theodore Hertlz. Beberapa cadangan beliau mengenai tempat ditubuhkan Negara zionis gagal dipersetujui dan beliau telah memainkan sentimen agama di bumi palestin bagi membakar semangat bangsanya.

Bangsa zionis juga mengakui bahawa bumi palestin adalah hak milik mereka. Halnya sama seperti masalah perebutan hak ke atas kesultanan sulu terhadap negeri Sabah. Sungguhpun begitu, zionis sebenarnya gagal untuk membuktikan bahawa apa yang mereka dakwakan adalah benar. Jom kita telitikan petikan yang saya perolehi daripada sebuah web yang mengatakan bukan bangsa Yahudi yang membangunkan al-Quds, sebaliknya bangsa Yabus. Kemudian bangsa kan’an datang dengan membawa kelahiran seorang Nabi, iaitu Nabi Ibrahim. Selepas itu, lahirlah pula Nabi Ishaq dan saat ia berusia 60 tahun, beliau memperolehi anak juga bakal bergelar Nabi, iaitu Ya’akub. Lalu Nabi Ya’akub berpindah ke Mesir pada usia 130 th dgn 70 org cucunya. Ertinya mereka tidak memilik sebarang tahan di Palestin selama 230 th. Bukti lebih jelas lagi dengan artikel yang tercatit dalam kitab mereka yang mengatakan bahawa Bani isreal berlanjutan menetap di mesir selama 430 tahun. Lalu mereka juga turut dihukum untuk tidak memasuki Palestin selama 40 tahun.

Maka selama 700 tahun mereka tidak mempunyai hak terhadap Palestin. Setelah itu barulah mereka berjaya memasuki Palestin semula 200 tahun. Seterusnya zaman kegemilangan mereka hadir pada zaman Nabi Daud, Syaul, dan Sulaiman. Namun, kerajaan Babylon menghancurkan kerajaan mereka dan mereka diusir keluar daripada tanah bumi palestin. Kalau dalam masa 300 tahun itu , mereka merasa berhak, maka pastinya Belanda juga turut mengambil kisah tersebut dengan mendeklarasikan Indonesia sebagai milik mereka. Belanda lebih berhak ke atas Indonesi kerana lama mendudukinya selama 350 tahun. Demikian juga halnya hak Inggeris ke atas India. Sementara bangsa Palestin yang sudah lama tinggal di sana selama 1400 tahun. Hal ini boleh kita fikirkan bersama-sama.

Tidak dinafikan lagi bahawa Yahudi musuh umat islam. Kita mampu lihat dan perhatikan terang-terang penindasan yang mereka lakukan ke atas umat islam di palestin. Ada yang kena bunuh, dirogol, dan kehilangan tempat bergantung kerana ahli keluarga mereka menjadi mangsa kekejaman Zionis. Sejarah juga menunujukkan bahawa bangsa zionis ini telah mencatatkan kebiadaban, kekerasan, dan pengkhianatan mereka sepanjang masa, dari kemaksiatan, peperangan dan pembinasaan serta pembunuhan para Nabi. Begitu juga halnya pada zaman sekarang, di mana mereka juga terbabit dalam konsfirasi perjanjian bersama kerajaan Palestin di atas tajaan PBB mahu pun US.
Kekuatan Israel sebenarnya atas sokongan Amerika Syarikat. Tanpa bantuan dan yang US hulurkan kepada Israel, sudah tentu Israel tidak bias memiliki senjata-senjata canggih. Pembelian mereka ke atas senjata canggih itu sebaliknya diuji dengan memerangi umat islam palestin. Kini, amerika syarikat kian mengalami hancuran disebabkan kelembapan ekonomi global. Krisis kewangan yang mereka hadapi sekarang bolehlah dianggap sebagai balasan daripada Allah swt. Umat islam harus segar akan hakikat ini. Kita perlu bangkit segera. Hindarkan daripada membeli barangan buatan produk Amerika. Selagi mana kita terus membeli produk buatan mereka. Selagi itu ekonomi mereka akan bertambah pulih. Kita khuatiri ia akan dijadikan momentum untuk bangkit dan seterusnya membenarkan bangsa zionis untuk terus bermaharajarela.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama-samalah kita boikot produk buatan israil...