1/08/2009

Khabar Dukacita di Palestin


Isu Palestin tidak lapuk dimamah usia. Bermula sejak kurunnya Israel diwujudkan dan mendapat pengiktirafan daripada seteru-seterunya, sejak itu ia mula bertindak untuk menekan dan terus menekan negara Palestin. Negara palestin bukanlah sebuah negara yang memiliki kekayaan telaga minyak. Malah Palestin juga bukanlah negara yang memiliki senjata nuklear atau pun bom aktif yang bisa menghancurkan Isreal. Jadi kenapa negara berkenaan harus diperangi oleh israel? Inilah persoalan yang sentiasa berlegar-legar di kepala hotak mereka yang sekular. Mari kita renungi seketika seruan jihad yang di Palestin. Sepanjang malam mereka bertungkus-lumus untuk menentang ke maraan Palestin. Biar pun cedera hinggakan ada yang kehilangan sebahagian anggota badan. Inilah bukti kesungguhan yang mereka tunjukkan dalam usaha untuk memerangi kaum zionis yang sentiasa merasa kebuasan melatah warga Palestin dengan senjata moden mereka. Kanak-kanak telah lali dengan rasa takut. Golongan remaja yang lahir menjadi pelapis kepada perjuangan ayah, abang, dan saudara mereka yang terkorban.

Maka tidak hairanlah jika ada yang sanggup berjuang walau dengan hanya bersenjatakan BATU. Subhanallah, betapa tingginya darjat mereka di sisi Allah seandainya nadi mereka terhenti di atas perjuangan yang suci. Penderitaan Palestin sangat menyayat hati kita semua. Bayangkanlah kanak-kanak yang seharusnya membesar dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, sebaliknya pula membesar pada suasana peperangan. Tentu ada di antara mereka yang ketakutan, gelisah, penuh trauma, dan ada juga yang dirundum malang seperti kehilangan tangan, kaki mahu pun mata mereka menjadi buta. Sukar untuk kita bayangkan rasa perit yang mereka alami.

Tiada ulasan: