6/10/2009

Tunggulah

Besok Aku akan bertandang kembali ke Hospital Queen Elizabeth untuk mengikuti rawatan lanjutku. Masyallah, boleh dikatakan besok saat yang paling mendebarkanku. Kenapa? Mungkin aku tidak cukup persediaan agaknya bagi menghadapinya nanti. Aku tetap perlu tabah dengan ujian ini, iaitu menunggu detik aku ditidurkan semula dalam tempoh sehingga pembedahan buat kali kedua itu berjaya.



Cukup sudah dengan pengalaman yang sebelum ini Aku lalui. Memang, jikalau tiada rasa sabar dan mudah lemah semangat kelak bisa mengganggu konstrasitas minda. Itulah yang cuba aku jauhi dan ingin mengelaknya daripada bermaharajalela. Mudah-mudahan aku akan terus tenang dan mampu melakukan sekali lagi sepertimana yang Ku lakukan sewaktu pembedahan lalu.





Tiga Sahabat.. Nizam, the hero of mathematican.. Hilal, my friend..



Apabila aku mengenangkan perkara ini. Ku cuba membayangkan untuk melepasnya. Aku cuba memikirkan bagaimana kehidupan kelak. Namun. Halusinasi itu sedikit mengkhuatirkan diriKu, sebabnya aku risau benda akan terjadi pulak di luar jangkaan. Subhanallah.. Adakah Aku patut menghindari halusinasi itu? Mungkin. Ku cuba memikirkan perkara yang lebih baik. Ya, mungkin inilah yang sepatutnya. Biar Aku sedikit senang hati. Alhamdulilah.. Teringat kembali akan peristiwa lampau.





Bukan keinginanku mengimbau ia kembali. Tetapi, adakala ia penting juga kerana banyak perkara yang belum lagi Ku tunaikan. Ku risaukan subjek minorku, Begitu juga dengan subjek majorku. Sebelum ini aku teleh memutuskan untuk mengubah minorku. Demi pointerku yang masih belum berada pada tahap yang memberangsangkan. Entah, kenapa aku kekurangan penumpuan dalam bidangku. Perlukah aku paksa hingga suatu ketika mencapai tahap kebingungan? Memang salah tapi nak buat macam mana lagi.




Disaat lalu mengimbau desiran qalbu.. hey ..



Perkara yang holistik telah mendorongku untuk lebih berfikiran positif. Aku tidak sabar lagi untuk kembali menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah. Hampir 6 bulan telah ku tinggal. Ku tinggal dengan peristiwa yang di luar jangkaanku. Insyallah, kali ini aku ingin kembali dengan RUHUL JADID dalam pembelajaranku mahupun sebarang aktiviti HARAKAH. Banyak benda yang ku alami daripada peristiwa lepas. Sedikit demi sedikit mengisi kelompangan tabiatku sebelum ini.



Tiap kesakitan yang menyelubungi saat minit Ku mengimplimentas pada sesuatu perkara yang berguna. Mungkinkah inilah hikmah yang sering diperkataan sebahagian rakan-rakan mujtahid ketika mengunjungiku disaat aku dipembaringan. Jika inilah benda itu. Syukurku panjatkan pada Ilahi mengurniakan kejadian ini padaku. Betapa ia banyak mengajar dan mendidik diriku.



Ku ingin cuba memberikan hatiku. Bagai mana? Entahlah. Mungkinkah aku harus memendam rasa saja. Tidak, seharusnya aku perlu melontarkan rasa itu diruang ligar hati. Cukup la takat itu. Aku tidak bisa memberikan suara keluar daripada pintu mulut ini. Ku hanya mampu mengatakannya dalam hatiku. Tunggu la aku aduhai.. Mungkin ini saja yang mampu dapat aku lakukan walau tidak bisa didengari sesiapa.



Andai bisa dapat ku tempuhi langkah ini..




Itu saja la untukmu.. Kelak apabila aku menjejakkan kaki di universiti semula. Aku ingin cuba mengubah corak yang sebelum ini ku lakarkan tidak begitu indah. Mudah-mudahan daripada sana ada kebenaran yang muncul. INsyallah.. figure it out..

1 ulasan:

master mazeen berkata...

best of luck, sori lambat.