6/14/2009

Untuk Ku, sebuah DEKORASI

Baru ada masa yang lapang. Aku tidak pernah melupakan benda ne. Jumpa dengan teman sebidang Ku. Aku telah meninggalkan semester lalu tanpa sepengetahuan rakan-rakan. Ada yang tidak menyangka mahu pun hairan bagaimana budak pendiam ne boleh excident. Masyallah, ne la takdir bukan. Mungkin ada hikmah disebalik perkara yang menimpa. Ada baiknya juga kan.



Mungkin sedikit masa yang lebih itu mampu dipergunakan kepada mempertingkatkan kualiti akademik nanti. Lagi pun aku juga pernah bercadang untuk mengambil beberapa subjek lain daripada jurusan aliran perniagaan. Demikian berdasarkan lebihan masa yang ada. Aku dapat gunakannya untuk menunaikan rancangan yang sebelum ini tergendala.



Hari itu aku telah pergi ke Hospital Queen Elizabeth. Dengan berhasratan memenuhi appointment yang diaturkan oleh doktor pada minggu sebelumnya. KehadiranKu sedikit kelewatan. Akhirnya sampai dan terpaksa menunggu giliran agak lama jika dibandingkan dengan minggu lepas. Cepat. Tangkas. Menerusi hasil pemeriksaan yang dijalankan, aku telah diberitakan bahawa kakiku semakin pulih seperti sediakala.



Mereka juga membatalkan cadangan yang dipersetujui pada minggu lepas, iaitu menjalankan pembedahan untuk kali yang kedua. Subhanallah. Perkara ini sesuatu yang mengembirakan, apatah lagi aku dapat menjalani penyembuhan secara natural.



Berdasarkan pandangan mereka yang arif, menjalankan pembedahan selanjutnya bukanlah suatu tindakan yang tepat. Mungkin angkara risiko yang terpaksa dihadapi, terutamanya pada peringkat usia itu lanjut. Namun, jika dipertimbangkan situasi yang bakal dihadapi. Aku jadi risau. Memang kerisauan ini tidak dialami sesiapa, apatah lagi dirasai hatta menerusi pemikiran tajam sekali pun.



Atas sebab kerisauan itulah yang mendorong aku mengambil keputusan untuk menerima pembedahan lanjut itu diteruskan. Tapi, perkhabaran itu sedikit melegakan hatiku. Secara tidak langsung menaikkan semangat ku untuk terus berjuang dalam menghadapi sebarang kemungkin pada semester yang akan datang.




Gambar kenangan dgn sahabat.. Bila agaknya dapat gmbar lg



Malang sekali, aku sedikit sedih hati. Demikian disebabkan pemergian beberapa sahabat yang sememangnya akrab. Ketiadaan mereka membuatku sedikit terasa. Semester depan, maksudnya aku harus bersekedudukan dengan adik-adik junior. Namun, aku tidak juga kisahlah. Cuma aku tidak biasa. Maklumlah ORANG TUA ne sedikit SENSITIF hatinya. Aisehmen.. Mudah-mudahan segala urusan ku Allah swt akan permudahkannya.



Insyallah. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan satu bidang lalu. Aku sedikit sedih hati. Aku saling mengenali mereka walau pun tidak begitu MESRA la konon. Cuma alangkah bagusnya jika aku dapat graduate bersama-sama dengan mereka. Mungkin inilah takbir. Betul. Subhanallah..



Tiada ulasan: