4/02/2009

BBA, sah?

Majalah Milenia Nov 2008 menulis mengenai hal ini dengan topik, al-Bai’ Bithaman Ajil Batal & Tidak Sah berdasarkan satu kes baru di mahkamah sivil.

BBA adalah kaedah pembayaran secara bertangguh dan secara kebetulan BBA masih banyak menggunakan prinsip bai’ ‘inah.

Penghakiman terbaru itu berbunyi antaranya …
On July, 18 2008, Wahab Patail held that in an action to recover BBA facility, if the Bank purchases an asset from the Borrower and immediately resells it back to the Borrower, the Bank is not entitled to any profit.
The Bank is only entitled to recover the principal sum advanced.
However, if the Borrower’s initial right over the asset is novated to the Bank before the Bank resells the asset back to the Borrower, the Bank is entitled to claim for profit based on the method set out in Affin Bank Bhd v Zulkifli Abdullah [2006] 1 CLJ 438.

He has also adopted the same approach for Al Bai-Inah facilities.

Dan sebagai nota tambahan, agak aneh bukan apabila kerajaan masih tidak meningkatkan kuasa mahkamah Syariah menyebabkan penghakiman membabitkan perbankan dan kewangan Islam masih diadili di mahkamah Sivil ?

Antara kritikan yang meluas terhadap perlaksanaan kontrak ‘inah di Malaysia adalah ramai yang menganggap tiada perbezaan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional kerana jumhur ulama’ tidak membenarkan kontrak ‘inah kerana ia adalah riba atau seolah-olah riba’.

Namun adalah lebih adil untuk kita mengkaji sendiri sejarah perlaksanaannya di Malaysia.
1. Kenapa & bagaimana kontrak ‘inah boleh wujud di Malaysia.
2. Apakah harapan majlis syariah dan mujtahid semasa mengenai hal ini ?

Kenapa & bagaimana kontrak ‘inah boleh wujud di Malaysia ?
Saya petik kenyataan ini dari buku keluaran BNM:
Bai’ ‘inah concept is used in Malaysian Islamic banking system and capital market to facilitate the needs of market players when Islamic financial industry was first pioneered in the country. Even though the majority of Shariah scholars disallow this concept, some of them are of the opinion that it is acceptable as long as all the pillars and conditions of the contract are complied with. Based on this opinion, bai’ ‘inah concept is accepted to be practiced in Malaysia to ensure that Islamic finance is as
competitive as its conventional counterpart. Among others, this concept is applied in money market transaction, bond issuance, debt securitization and credit card facility.

Seperti mana yang pernah saya sebut, perbankan Islam ada fasa-fasa pembangunan yang tersendiri.

Fasa pertama adalah fasa penubuhan itu sendiri. Yakni menubuhkan satu institusi baru yang masih tiada guideline yang lebih baik dan lebih lengkap. Justeru, satu percubaan yang berani mesti dilakukan.

Apa yang penting pada fasa ini adalah mesti ada satu alternatif bagi umat Islam untuk menyimpan di institusi kewangan Islam. Dan para mujtahid semasa di Malaysia yang terlibat secara langsung memilih konsep ‘inah sebagai permulaan.

Konsep pembiayaan ‘inah adalah seperti berikut:
Bank membeli rumah pada harga RM 100,000 dan kemudian menjualnya kepada anda dengan harga RM 220,000 dan anda membayar harganya secara tertangguh.
Maka RM 120,00 yang diperolehi hasil jualan rumah itu dikenali sebagai keuntungan kepada pihak bank.

Dan pembelian ini dibayar oleh anda menggunakan kaedah pembayaran tertangguh, iaitu BBA kerana bukan semua orang ada duit cash sebanyak itu.

Imam Shafie menyatakan:
Bai’ ‘Inah merujuk kepada penjualan sesuatu aset, yang kemudiannya dibeli kembali dengan harga yang berbeza, yang mana penjualan secara tertangguh itu adalah lebih tinggi dari harga tunai (spot)
Dan bai’ ‘inah ini dipersetujui oleh Imam Shafie, Abu Yusuf dan juga sebahagian ulama dalam mazhab Shafie.

Institusi kewangan yang ingin melaksanakan kontrak ini juga perlu patuh kepada syarat-syarat kontrak yang dibenarkan oleh mazhab Shafie sahaja.

Majlis Syariah BNM seterusnya membenarkan aplikasi bai’ ‘inah ini dalam instrumen money market dan juga kad kredit pada tahun 1998 dan 2001.

Apakah harapan majlis syariah dan mujtahid semasa mengenai hal ini ?
Maka pada tahun 2006, telah diputuskan dalam satu persidangan penasihat Syariah, antaranya:
iii. Bai’ ‘inah contract is still necessary in the context of local Islamic finance development. However, the market players are required to strengthen and enhance the operational processes and documentation to comply with the features of bai’ ‘inah as permitted; and
iv. Since bai’ ‘inah concept is still regarded as a matter of juristic disagreement among the Shariah scholars, it is more desirable that Islamic financial institutions to limit its use in products which face difficulty in structuring them based on other consensually accepted contracts.

Inilah yang saya namakan fasa seterusnya dalam perbankan Islam.
Apabila mujtahid semasa walaupun membenarkan penggunaan kontrak ‘inah tetapi mereka mengharapkan agar institusi kewangan Islam terus meneroka konsep pembiayaan-pembiayaan lain yang berteraskan Syariah yang wujud dan tidak hanya terus tertumpu kepada satu-satu pendekatan semata-mata.

Ulasan Ringkas
Seperti yang selalu saya sebut, kita perlu hormat kepada perbezaan pendapat yang berlaku dikalangan ulama’ apatah lagi kalau kerajaan telah menerima pakai pendapat sesuatu pendapat ulama tersebut untuk digunakan.

Anda boleh berbeza pendapat, tetapi pastikan pendapat anda itu disandarkan dengan pendapat ulama’ yang lain.

Melainkan anda sendiri seorang ulama’ mujtahid itu lain cerita.
Ia seharusnya bukan sekadar mahu berbeza pendapat dan ikut-ikut rasa.
Kalau anda ada kuasa, hampir dengan kuasa, ada kemampuan untuk mencadangkan perubahan, maka laksanakan perubahan tersebut. Saya hanya boleh buat kerja saya untuk waktu ini. Dan tugas kita adalah saling melengkapi.

sumber dipetik : pakdi.my

Tiada ulasan: