4/22/2009

Arah Tuju Masa Depan

Macam bermimpi. Apatahnya, Universiti Malaysia Sabah bakal menganjurkan Festival Filem Malaysia, iaitu sebuah festival yang mengangkat dan memartabatkan filem tanahair negara. Jika dihayati sejarah penubuhan festival ini. Jelas peranan yang dilakukan festival berkenaan menjadi kayu pengukur kepada kualiti karya pembikin filem tempatan. Bukan senang hendak menjuarai festival ini. Mereka (pengkarya) harus bersaing dengan pengkarya filem yang lain.Di sinilah, buku dan ruas dipertemukan. Kalau ingin menang, kenalah memiliki kriteria kualiti yang cukup memuaskan.


(tak pyh la sebut ap kriteria tu.. aku pun tak tahu..)



Demikian juga akan mendorong para pengkarya untuk mempertingkatkan kualiti filem yang dihasilkan. Kenapa penting sekali kejuaraan itu? Motif utama ialah mencari keuntungan.




(What? Mana mungkin.. / x caya yer.. kalau dorang menang.. secara tidak langsung mempromosi filem mereka nanti. Jadi bertambahlah orang nak beli produk filem yang dorang hasilkan tu.. / ala.. keuntungan bukan saja dari segi wang semata-mata.. mungkin juga untung pada sudut actress ke.. betul bah.. makanya, lu fikirlah sendiri beb..)



Festival Filem Malaysia yang berlangsung pada tahun lalu



Kembali pada tajuk perbincangan. Tema perbincangan kali ini menyentuh soal kredibiliti pihak UMS, termasuk jugalah “hantu-hantu” (mahasiswa la… kununnya digelar “hantu” / pinjam sikit ayat Prof Dr. Caroline) yang menghuni universiti ne.




Unversiti Malaysia Sabah merupakan sebuah pusat intelek yang memiliki ruang keluasan besar dibandingkan dengan universiti yang lain pada suatu ketika. Walau pun telah disaingi dengan universiti lain dalam saiz keluasan pada masa sekarang. Namun, univesiti ini tetap menjadi tempat yang teristimewa. Lokasi universiti ini sangat strategik dan susunan bina tempat pula adalah antara yang teliti dan sistematik. Tidak hairanlah begitu ramai bilangan pelancong yang acap kali mengunjungi universiti ini. Jesteru, pihak kerajaan negeri juga mengenal pasti universiti Malaysia sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan dalam negeri. Nyata untuk ditegaskan bahawa universiti Malaysia sabah memiliki dua peranan unik, iaitu pusat gerbang ilmu dan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi pelancong.




(Jadi.. nda pyh la bah kasi tambah satu lagi peranan.. / mana ada kami tambah peranan pula.. nak fitnah ke beb? Nak kena.. / peranan ap tu? / lu fikir sendiri beb )



Bilangan pelajar yang memasuki university Malaysia sabah agak meningkat secara purata. Kemasukan ini melibatkan anak-anak kelahiran sabah mahu pun ada yang dari tanah seberang atau dari jiran se-Borneo, iaitu sarawak.




(Apa bende yg kmu ckpkn ne.. direct to da point bah../ kajap.. kasi bunga2 dulu.. sedapkn ayat)



Kembali pada tajuk perbincangan. Sejauh mana universiti Malaysia sabah memainkan peranan sebagai sebuah Pusat Gerbang Ilmu sebagaimana yang diperkatakan. Universiti ini menyajikan pelbagai bidang seperti psikologi, ekonomi, sains, pertanian moden dan lain-lain. Kenapa? Perkara ne bukanlah suatu action yang tidak secara sengaja direncanakan. Ianya direalisasikan bagi tujuan fulfill –visi-misi-maltamat- universiti ini ditubuhkan.




Sebahagian daripada kesibukan mahasiswa UMS tak kira pagi atau petang





Universiti ini mula diwujudkan pada tahun 1994. Ketika itu, hanya terdapat tiga sekolah yang ada. Antaranya ialah sekolah perniagaan dan ekonomi, sains sosial, dan sains dan teknologi. Kemudian, terdapat beberapa siri sekolah lagi ditubuhkan bagi meneruskan rancangan memprestijkan universiti Malaysia sabah (pusat kecemerlangan intelek). Usaha yang berterusan ini menjelaskan bahawa begitu tulus sekali pihak pentadbiran untuk memastikan agenda pokok yang hendak ditanam itu berjaya mengikut segala perancangan.




Tak lekang dikunjungi ulat buku.. kaunter ini sentiasa berada dalam kesibukan




Bermula kepada era itu. Universiti ini terus dan terus memercu ke hadapan. Sistem pentadbiran dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Hingga mengecapi kemajuan teknologi berperingkat, buktinya universiti ini mampu mencipta satu laman web yang dicipta khas bagi memudahkan mahasiswa untuk berurusan dengan lebih cepat dan pantas. Sedar atau tidak. Para kakitangan yang dipertanggungjawabkan sebagai team management kepada unit teknologi maklumat tu adalah bekas pelajar universiti ini suatu ketika dahulu.




(Mesti la bah.. lojik la.. UMS mendidik, melahirkan graduan dan apabila keluar mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat../ tahniah mendapat keja.. di UMS lagi tu.. aptah lg, ex-universiti ..mantap.. / next level.. mantop..)



Kini, boleh kian berbangga kerana idaman memiliki sebuah universiti “canggih” semakin tercapai. Malah, perspektif universiti ini lambang pusat keilmuan khususnya di negeri bawah bayu, tidak boleh juga diperkecilkan. Masyarakat sabah begitu menyanjungi universiti ini. Bahkan, universiti Malaysia sabah sangat terkenal walau di mana saja kawasan negeri ini.





Program Kem Amal Masyarakat.. promosi kualiti mahasiswa UMS sebagai insan berkualiti yang mampu memberikan sumbangan pada masyarakat apabila berjaya menamatkan pengajian mereka.. Di samping itu, mahasiswa didedahkan dengan kehidupan kawasan pedalaman. Dengan ini mereka dapat berfikir dan men-generate emosi dan attitude untuk menjadi insan berguna kelak



(kalau korang bagitahu.. “saya dari UMS..” / “o.. Universiti Malaysia sabah.. saya kenal tu..” / kan terkenal tu.. sekurang-kurangnya mereka tidak jawab.. “o.. universiti sains Malaysia” takpun “o.. universiti Malaysia Sarawak”, paling HAMPEH.. tak tahu langsung..)



Siapa yang tidak tahu UMS? Boleh dikatakan seluruh Malaysia mengenali universiti ini. Hanya universiti ini yang wujud di sabah. Dibandingkan dengan universiti negeri jiran, iaitu universiti Malaysia Sarawak, UMS lebih “tertonjol” popularitinya. Maka, persoalan mengenai rendahnya populariti universiti ini di mata masyarakat secara amnya , tidak harus timbul. Jika fahami dan menyedari akan perkembangan semasa yang dilalui dari tahun-tahun sebelumnya. Jelas nyata bahawa keberkesanan promosi yang giat dilakukan tampak membuahkan hasil yang positif.




(Sejauh mana mahasiswa ums menyedari hakikat ini..)



Jika membuat kajian terperinci tentang peranan universiti ini dalam melahirkan graduan yang berkualiti. Di samping memberikan fokus terhadap mutu akademik kendiri, pihak pentadbir juga turut menekankan pada aspek kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan teknikal. Misalnya, mereka memberi ruang pada mahasiswa untuk mengendalikan program atau pun sesuatu majlis. Di sini, mahasiswa dapat berfikir secara lebih praktikal. Ditambah lagi dengan bidang yang diceburi, mereka dapat memimpin program berkenaan dengan lebih efektif. Sebagai contoh, mahasiswa daripada bidang ekonomi sudah pasti mampu mengurus soal akauntabiliti sesebuah program dengan lebih cekap. Manakala mahasiswa daripada bidang kesenian music tradisional pula bakal menjadi kumpulan penghibur dalam setiap majlis yang dianjur kelak. Dalam erti kata yang lain, mahasiswa UMS berkembang bukan saja daripada aspek bidang, malahan turut mengalami peningkatan dalam fundamental skill mereka.




Tersergam indahnya Dewan Canselor... Salah satu simbol kecemerlangan mahasiswa universiti malaysia sabah




Walau bagaimanapun, perkara ini tampak disalah tafsir sebahagian mahasiswa universiti Malaysia sabah sejak kebelakangan ini. Mungkin mereka tidak faham dan binggung hingga menyebabkan kurang alert dalam hal sedemikian. Lebih menyedihkan lagi perbuatan mereka sedikit sebanyak mewujudkan stigma yang kurang menyenangkan. Apatah lagi pada dalam era universiti Malaysia sabah bergerak ke arah kecemerlangan sebagai Pusat Gerbang Ilmu. Sumbangan mulia mereka itu jelas mencerminkan kualiti mahasiswa universiti ini di masa hadapan.




(Kan bagus begitu...)





Sekolah Perniagaan & Ekonomi.. memfokuskan bakal generasi yang mampu menjana pada pertumbuhan ekonomi pada suatu masa




Kekeliruan dalam hal ini bermula apabila festival filem Malaysia menyatakan pendirian untuk memilih universiti malaysia sabah sebagai lokasi di mana festival ini bakal berlangsung nanti. Berita ini menjadi topik perbincangan yang hangat. Malah, ramai mahasiswa menyuarakan pendapat untuk menyambut baik festival ini dianjurkan di sini. Sokongan kuat pastinya dipalukan mahasiswa yang teguh berdiri di belakang rancangan yang bakal menyusul nanti. Mereka dengan semena-mena bersuara lantang dan cuba membangkitkan minat mahasiswa lain untuk turut menyokong penganjuran festival ini di universiti Malaysia sabah. Akibatnya, semakin ramai mahasiswa yang dapat dikelompokkan sebagai mahasiswa “hantu”.




(Kajap lagi.. jembelang..)



Pada pandangan mereka, penganjuran festival ini sangat memberikan manfaat terutamanya dalam mempromosi universiti Malaysia sabah ke pelosok seluruh Malaysia. Hal ini demikian berdasarkan jangkaan bahawa ramai media akan berdoyong-doyong hadir bagi membuat liputan isu mutakhir terhadap festival ini kelak. Di sini, mereka berpendapat, dengan kehadiran para “media terhormat” berkenaan, maka orang luar dapat melihat keajaiban mahu pun keunikan universiti Malaysia sabah.




(Terhegih-hegih betul la mahasiswa UMS ne.. hauskan populariti.. padahal hanya menumpang populariti saja bah.. yg bawa untung tu pihak FFM saja.. bukannya ums..)





Malam Festival Filem Malaysia...



Jesteru, mereka juga berpendapat dengan menerima festival ini, kelak akan membantu mempertingkatkan mutu kualiti mahasiswa khususnya mereka yang mengambil bidang seni. Misalnya, teater dan perfileman. Jelas perkara ini cuba disentimenkan dan dimanipulasi bagi melindungi “pembohongan” dalam diri mereka




(Dah la beb.. bikin panas ja hati saya ne.. mcam nak makan orang dah.. /jangan marah bah.. cepat tua nanti.. / ingat beb.. kita kena berfikir secara lebih matang..menerusi jalan perbincangan ini saja sebagai kaedah terakhir)




Selain itu, mereka juga berpendapatan bahawa penganjuran festival ini mampu “membuka mata” terutama golongan masyarakat di sekitar berhampiran universiti Malaysia sabah. Sebenarnya mereka hanya membuat andaian dan pendapat mahu pun pandangan yang tidak reliable. Buah fikiran itu tidak cukup menguatkan bukti yang kukuh. Malah, ianya tidak disokongan statement pun bahawa penganjuran itu boleh menarik minat masyarakat untuk mencintai ilmu pengetahuan. Perbuatan ini hanya merugikan pihak universiti ini sendiri. Hal ini kerana kebarangkalian tinggi terhadap perspektif unggul ums di mata masyarakat pastinya akan tercalar.




( –visi-misi-matlamat- universiti ini pasti terencat begitu saja.. / undian di tangan anda.. / ingat ini AF ke..)





Amat penting untuk dinyatakan bahawa festival filem Malaysia tidak releven untuk dianjurkan di universiti Malaysia sabah. Kenapa? Hal ini demikian apabila universiti ini menjadi pusat di mana generasi dididik, belajar, mengumpul, dan mengasah skill dalam kendiri mereka. Seterusnya mampu membantu masyarakat untuk mempertingkatkan kualiti knowledge mahupun welfare pada suatu masa. Lebih mensukacitakan lagi, kehadiran generasi intelak berkualiti ini boleh menyumbang kepada pembangunan infrasktruktur, dan juga menjana pertumbuhan ekonomi kelak.




Ustaz Issraq.. Salah satu Tokoh Agama yang disegani di Universiti Malaysia Sabah.. Beliau berperanan penting dalam memastikan kecemerlangan islam di universiti berkenaan.





Mahasiswa universiti ini harus sedar akan peranan mereka sebagai warga universiti Malaysia sabah. Mereka perlu berani untuk bersuara ke hadapan bagi melindungi martabat universiti sebagai sebuah pusat keintelektualan. Martabat universiti ini begitu penting untuk dijaga. Hal ini kerana andai kata martabat universiti ini terjejas, maka sebagai penghuni pada universiti ini juga akan dipertikaian. Adakalanya memang harus patut dalam setiap kata putus pihak pentadbiran. Walau bagaimanapun, mahasiswa mempunyai hak untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati, apatah lagi jika ia melibatkan soal martabat dan imej universiti ini di luar sana.






Universiti ini perlu digerakan ke hadapan seiring dengan sinonimnya sebagai pusat keilmuan. Perkara ini dijelaskan sendiri vice chancellor ums, iaitu KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON…





“The vision, mission, goals and various formulated strategies serve as our main platform in glorifying UMS. We have to ensure that our organization matured and developed. For that, the aspects of quality and integrity will be the pillars in the administration of all DSCIUs in UMS. In addition, a working culture which could improve work performance such as the “5 S” and activities promoting positive outlook and health are encouraged. By doing so, every UMS staff will be capable of enhancing his/her understanding of the UMS motto “Strive for Excellence”, which is becoming our work culture. To spearhead excellence, we will only adopt comprehensive, realistic, clear and proactive approaches.”

sumber dipetik daripada laman web rasmi Universiti Malaysia Sabah




Oleh itu..




Langkah hadapan untuk kejayaan. Namun, harus berhati-hati dengan memilihan saluran yang tepat sesuai dengan glorious yang hendak dicapai. Mekanisme yang tepat itu pasti mengambil kira martabat universiti ini selari dengan slogan “Bertekad Cemerlang”. Mudah-mudahan UMS terus cemerlang sinonim dengan slogan yang diguna pakai.

4 ulasan:

nurilhakim berkata...

Salam ziarah,
Bagus artikel ni, dr sudut ilmiah n dr sudut psikologi :)

Org duduk memerhati ni bnyk ruang tuk berfikir n menganalisa nih..

Meh nk bg homework sket..

Habis iddah nih present kpd PSS 5 program utk libatkn seramai mungkin anak muda dlm prog kita..amacam, berani? ;)

NIVYANFAZZA berkata...

salam, apa khabr? semoga sihat walafiat..hehe...rindu arr nak dengar suara seseorang tu azan di surau....macam tak ceria je surau tanpa suara tu...hehe..

ibaratnya hilangnya seri tanpa suara Bilal di Masjidil Nabawi, hehe....

Nadir: ya sheikh, nak ikut juga program dakwh ni boleh??haha

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

hehe.. alhamdulilah..

smakin beransur sembuh.. ne brkat doa korang jgak.

aisehmen~ nak memuji kunuk.. jgan la lebih2.. alhamdulila.. syukran atas pujian tu.

jumpa sem depan.. doakn ja sya cepat sembuh.. ar mcm cuti ne? nak cari keja lg tak d sabah? jgn la balik mai g sini kota belud..

Ada rancangan menarik ne kat sini..

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

Psal rancangan c nadir tu.. hehe.. tu kami uda bincang.. tau la dia mcm ne nak buat t..

hehe (^_^)