4/05/2009

HEDONISM DAN PRIMITIVISM

Penyakit Yang Menyebabkan Golongan Intelektual Rapuh, Siri Dua

B
ak kata pepatah melayu, meluntur buluh biar daripada rebungnya, peribahasa ini merupakan titipan yang popular dan warisan bahasa kita menerusi generasi silam. Metafora yang terkandung daripada peribahasa ini sangat memberikan inspirasi yang mendalam untuk kita pelajari. Jika kita selongkar dan menerobos kekata sebenar peribahasa ini, akan ngertien kita tentang suatu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan. Apa sebenarnya tanggungjawab itu? Fikirkanlah mengikut kelayakkan kita bergelar sebagai seorang intelektual. Berdasarkan ilmu yang diperolehi daripada bidang jurusan yang kita pilih, perkara ini saya percaya tidaklah menyukarkan kita untuk menjawab persoalan itu tadi. Malah, persoalan itu tidaklah susah jika dibandingkan dengan subjek seperti biologi, kimia, fizik, sejarah, teori psikologi, applied ekonomimetrik, kewangan, perakaunan tambahan, saham, pelaburan dan sebagainya. Hal ini kerana kita sudah sinonim dengan pepatah melayu itu sejak bangku sekolah rendah lagi. Ibaratnya kita sudah mencapai level phD mengenali pepatah melayu ini. Maka seharusnya tiada lagi “susah2 saja” untuk kita menyelami tanggungjawab tersebut.

Satu perkara yang perlu kita sedari bahawa kita adalah insan yang terpilih. Kenapa saya mengatakan sedemikian rupa? Cuba kita buka mata dan berfikir secara lebih global. Berapa jumlah insan yang mampu memiliki ilmu pengetahuan seperti anda, adik beradik anda, saudara mara anda, atau pun rakan-rakan anda? Dibandingkan dengan mereka yang jauh ketinggalan daripada arus medium perdana, mereka juga memiliki keinginan untuk menjadi seorang insan yang berpengetahuan. Cuma nasib saja yang tidak menyebelahi kehidupan mereka. Hal ini kerana persekitaran mereka yang tidak kondusif untuk menyuntik rasa minat itu menyebabkan perasaan tersebut terkubur begitu saja. Lebih menyedihkan lagi mereka terpesong jauh daripada persimpangan hidup yang hakiki. Bukan salah mereka, tetapi ini semua adalah kesalahan yang ditimbulkan kita sendiri. Berbezanya kita dengan mereka hanyalah ilmu pengetahuan. Malang sekali, kelebihan yang ada tidak kita pergunakan mengikut kaedah yang betul. Malah, kita adalah sama dengan mereka. Begitu juga sebaliknya.

Bukan bermaksud kita harus menyombongkan diri. Jesteru, tidak perlulah meninggikan darjat hingga kita perlu mengasingkan diri dari mereka. Layaknya kita berbuat demikian apabila berhadapan dengan musuh yang cuba merosakkan akidah ummah. Setiap permasalahan atau perbezaan boleh kita selesaikan sebenarnya. Sebagaimana yang berlaku sewaktu zaman baginda rasulullah saw. Baginda rasul berjaya mententeramkan hati umat islam hingga begitu utuhnya ikatan ukhuwah antara satu sama lain pada ketika itu. Perkara ini selalu diceritakan oleh para pendakwah mahu pun ummarak dan ulama. Jika kita catit segala kisah yang penuh teladan yang diceritakan. Saya percaya bahawa kita akan menyimpulkan satu kesimpulan, iaitu sifat keperibadian yang mulia amat penting. Dengan sifat keperibadian ini akan membisakan kita untuk mencari jalan kepada setiap masalah yang timbul. Syarat utama memiliki keperibadian ini adalah dengan keimanan yang tinggi di sisiNya. Inilah perkara utama yang perlu dipertingkatkan terlebih dahulu agar menjadi sebuah tiang yang teguh dan kukuh walau dicanang ribut bencana.

Nilai keperibadian yang sempurna mampu merubah gaya hidup seseorang. Yang dimaksudkan itu bukanlah bermakna kita harus mempelengkapi diri secara paksaan demi kesempurnaan. Tetapi, kita perlu guna method sebagai mana yang disarankan menerusi Klausa Maha Esa. Intisari firman itu jelas mengingatkan kita bahawa seseorang itu tidak akan memperolehi kebaikan pada dirinya melainkan iltizam dirinya sendiri. Inilah resipi yang harus kita didik ke hati. Seterusnya kita perlu sertakannya dengan tindakan yang diselimuti usaha bagi menggarap perubahan dalam diri. Sebelum itu, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan pastikan kemenangan berpihak ditangan kita. Susah senang yang dihadapi bukanlah untuk meleburkan semangat perjuangan, tetapi inilah fundamental lesson yang penting bagi pembentukan kendiri individu berkenaan.

Berasaskan tarbiyah yang kukuh, timbul kesedaran kita tentang pentingnya untuk membantu mereka yang jauh terpesong daripada landasan hidup yang betul. Sebagai seorang intelektual yang cemerlang kendirinya, kita perlu bangkit ke hadapan bagi memimpin mereka-mereka yang bergelumang dengan penyakit merbahaya, iaitu hedonism dan primitivism. Mereka memerlukan kita untuk membantu mereka menjauhi penyakit tersebut. Sedarlah bahawa hanya peranan kita saja yang boleh melupuskan sindrom merbahaya ini. Janganlah kita hanya mementingkan soal kehidupan masing-masing. Ingatlah akan sabda baginda rasulullah, semua ummah itu adalah bersaudara. Kita hendaklah punyai semangat persaudaraan dan mnegambil berat pada mereka. Usahlah meyempitan pemikiran kita dengan perkara yang remeh dan hanya menguntungkan kita dalam jangka masa yang pendek. Namun, tidak juga bermaksud kita perlu memilih sikap jaga tepi kain orang. Hendaklah faham dan jangan biarkan penafsiran songsang menguasai pemikiran kita.

Kesimpulannya, Kita harus memiliki metodologi tersendiri dalam menerapkan kesedaran masyarakat bahaya sindrom yang semakin berleluasa sekarang. Kajilah buku agar memperolehi maklumat untuk kita sampaikan pada mereka. Kaji jugalah kitab al-Quran, didalamnya tersimpul ramuan mujarab kepada penyakit semasa ini. Buka surah al-Luqman, hayati dan ambil intipati agung yang dirangkum pada kisah silam yang penuh keteladanan. Di sana kita akan memahami bagai mana didikan agama amat penting dalam pembentukan kendiri setiap individu. Jesteru, Kita juga perlu organisasi yang kuat bagi mempermudahkan kita sebagai seorang aktivis intelektual. Hal ini diibaratkan sebagai seikat kayu kering yang tidak mudah patah jika dibandingkan dengan hanya sebatang.

Tiada ulasan: