7/03/2009

Perbaiki Akidah

Pada post yang berikutnya ini, saya begitu tertarik untuk memperkatakan atau pun lebih moleknya mendikusikan tentang bida’ah mungkar yang berleluasa di zaman sekarang. Akidah umat islam dibelenggu dengan pelbagai bentuk pemikiran yang tidak didasari pandangan mahu pun pendapat atau yang sedia termaktub didalam syarak islamiyah. Begitu juga halnya menjadikan masyarakat secara umumnya kian terpesong lantas secara mudah dipengaruhi dakyah fikrah songsong yang didalang oleh musuh-musuh islam sendiri.



Apabila mengada sesuatu perkara secara berlebihan menjadikan perkara tersebut ditolak amalannya



Perkara inilah yang sentiasa dinanti-nantikan mereka. Lihat saja bagai mana tumbangnya pimpinan khilafah islamiyah walhal suatu ketika begitu agung malahan kehebatan tokoh yang lahir sewaktu zaman tersebut seperti saidina Umar al-Khatab juga diikhtiraf orientalis sejarahwan barat. Sketsa molek berkenaan turut menjadi pemangkin kepada kebangkitan masyarakat ummah yang mula berfikir untuk menggerakkan islam ini kehadapan.



Senada dengan perkembangan era ketamadunan islam, umat islam tidak lekang juga dikotak-katikkan dengan beribu macam ajaran yang ternyata tidak diketahui asal usulnya, sama ada ajaran berkenaan benar-benar datang daripada baginda Rasulullah sendiri atau sebaliknya. Benda itu bukanlah suatu perkara yang remeh untuk dibincangkan.



Hal ini demikian atas rasa kebimbangan kita semua khususnya ummah di zaman sekarang untuk tidak lari daripada akidah syariat yang sebenar seasli apa yang pernah diajarkan baginda Rasulullah dahulu. Adalah ini merupakan tanggungjawab bersama antara kita semuslim untuk saling betul memperbetulkan.



Bida’ah mungkar ini begitu sinonim dengan gaya kehidupan masyarakat islam sekarang. Tidak hairanlah jika terdapat segelintir masyarakat yang bertanggapan bahawa perkara yang dilakukan ini adalah sunnah Baginda Rasulullah saw. Pendapat mereka juga disokong dengan pandangan hal berkenaan pernah dilakukan sebagaimana nenek moyang mereka dulu.



Walau bagaimanapun, mereka juga tidak mengetahui pandangan golongan ulama terkini mahu pun terdahulu masing-masing menyuarakan pendapat benda tersebut adalah diklasifikasikan sebagai bidaah mungkar. Hal ini demikian apabila masyarakat islam lebih suka mendalami agama tanpa rasa kesungguhan. Jesteru, masyarakat semakin leka dalam mengintegritikan keshahihan setiap ajaran dalam islam.



Islam sering diperkatakan iaitu The Way of Life. Demikian disebabkan islam telah menggariskan setiap tatacara mahu pun pelakuan mengikut apa yang diperintah Allah swt. Jika kita menjalankan kajian selidik mengenai islam dan membuat perbandingan pada lain-lain agama. Betapa islam ternyata sangat unique dan indah. Malah, islam menjadikan insan untuk lebih sempurna dalam kehidupan harian mereka. Kita tidak akan dapat melihat pemuda yang memiliki akhlak LUAR BIASA. Hal ini apabila islam itu berjaya dipraktikkan secara keseluruhan. Inilah kelebihan agama islam.



Namun, kita sedikit merasa terkilan kewujudan fahaman lain yang menyelisip masuk dalam ajaran islam pada hari ini. Benda-benda tersebut umpama hanya mencalar keindahan mahu pun keaslian islam itu saja. Dari satu sudut perspektif pula islam bakal dihujani dengan tuduhan palsu, dan perkara ini tidak mustahil jika usaha dakwah kita pada penganut agama lain akan terencat begitu saja.



Perkara ini sangat mudah untuk kita fahami. Dan ianya tidak menjadi suatu impossible bagi umat islam sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk menegakkan yang benar. Hal ini kerana benaran itulah yang menjadikan kita mengenal kemanisan islam. Malah, kita akan merasa lebih beriman dan berlakulah seperti apa yang sering kita sebut, iaitu islam sebagai “jalan tatacara kehidupan”.

Tiada ulasan: