5/26/2009

Dilusi Kesombongan, Keruntuhan, dan Kebangkitan

Rentetan sikap yang rakus. Manusia sering dibelenggu dengan tindakan mahu pun determination yang salah. Malah, manusia juga suka meninggi diri dan mengambil sifat sombong sebagai imej kendiri mereka. Habitual ini bukan suatu perkara janggal bagi semua orang.



Tabiat tersebut sudah membiak di kalangan masyarakat sekian lama. Seiri
ng dengan zaman yang meningkat, juga dunia kesombongan atau kerakusan tidak kurang hebatnya untuk mempengaruhi siapa saja yang lekang dalam keimanan.



Menyusuri dinamiknya dua sikap berkenaan itu juga menyaksikan sebuah kerajaan yang berhadapan dengan kehancuran. Walhal suatu ketika ia mendapat gelaran teragung dengan dipandang penuh kehormatan. Pandangan mereka disanjung, dan setiap kata putus yang dilontarkan oleh mereka akan diterima berdasarkan perspektif itulah yang terbaik.



Perkara inilah yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang. Kita dapat menyaksikan bagai mana bangunan World Trade Centre, iaitu sebuah bangunan yang terhasil melalui puluhan ribu pelaburan, akhirnya runtuh dimamah serangan di luar kawalan radar pentadbiran. Bagai manakah sebuah negara yang dikatakan serba canggih dengan teknologi maklumat boleh mengalami kegagalan dan kelompangan mengesan menerusi kemahiran yang mereka miiki?




"we want to create an nation which is the greatest nation compared than other nations in this world". Salah satu sumpah ikrar Abraham Lincorn sewaktu menjadi pemimpin US dahulu.



Disaat detik itu merupakan titik bermulanya Amerika Syarikat kian guncah. Sedikit demi sedikit era ketamadunan mereka menurun, kemudian dunia dikejutkan sebuah krisis ekonomi, iaitu Credit Collapse (keruntuhan sistem kewangan). Seperkara yang boleh diperhatikan daripada situasi ini. Sikap sombong dan kerakusan Amerika Syarikat menjadi penyebab yang menjatuhkan ketamadunan sebelum ini sangat mereka banggakan.



Mereka mengagungkan sistem kapitalis. Jesteru, mereka memuji sistem berkenaan yang kononnya berkesan melalui kawalan secara autoriti oleh mekanisme pasaran. Secara tidak langsung, mereka membenarkan sistem riba berleluasa dalam market (pasaran), sama ada money (aliran wang) mahu pun goods (barangan).



AIG merupakan sebuah syarikat insurans yang banyak mengalami kerugian ekoran daripada krisis kewangan yang melanda dunia sekarang.



Sifat rakus menjadikan mereka semakin tamak. Lantas lupa bahawa sistem berkenaan tidak lagi mampu bertahan dalam jangka tempoh masa yang cukup lama. Lebih-lebih lagi dalam menampung cita rasa yang secara holistiknya begitu sangat sukar ditunaikan. Segalanya penuh kontradiksi mahu pun sukar untuk difahami oleh kita.



Namun, manusia mem
iliki seribu satu ramuan yang membolehkan mereka faham dan belajar menerusi pancaindera yang dikurniakan oleh Allah swt. Demikian mereka akan menilai, dan menyuburkan apa yang diperolehi itu sebagai useful collections.



Sewaktu Saidina Umar al-Khattab belum menerima dakwah islamiyah yang disebarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Beliau begitu sombong dan angkuh untuk menerima islam. Daripada sudut pandangan beliau sendiri merasakan bahawa islam yang disebarkan Muhammad SAW itu bukanlah suatu yang benar.



Malah, umar sanggup bersumpah untuk membunuh baginda Rasulullah sekiranya mendapat peluang. Demikian daripada kisah yang menunjukkan kesombongan itu mampu mengenepikan suatu kebenaran yang sebenarnya nyata dan jelas.




Ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1998. Situasi yang dihadapi semasa ia berlaku cukup getir dan perlukan suntikan significant bagi memulihkan semula keadaan sektor ekonomi yang diumpamakan seperti berada di hujung tanduk. Kita diberikan pilihan oleh IMF sama ada membuat pinjaman atau tidak.



Perkara itu cukup berbahay
a kerana kadar bunga ketika itu adalah cukup tinggi. Hal ini cukup membebankan dan perlukan tempoh masa panjang bagi melunaskannya. IMF juga dilihat cukup mengaut keuntungan daripada situasi berkenaan. Apatah lagi, peringkat pimpinan organisasi berkenaan banyak dikuasai kronomisme daripada Amerika Syarikat dan Yahudi.



Krisis kewangan yang sangat meruncingkan. Bebanan ini sama seperti yang dialami ketika krisis ekonomi pada tahun 1998.




Adalah menjadikan peranan kita semua untuk menerima yang benar. Sebagai mana yang diperjuangkan pemimpin terdahulu. Tidak kira Mat Salleh mahu pun Syeikh Muhammad Abduh, iaitu pejuang nasionalisme Sabah dan pemimpin pan islamisme timur tengah, mereka faham, menuntut dan berdiri atas landasan yang benar. Inilah warisan yang diperturunkan bermula daripada satu generasi ke generasi yang lain.




Hassan al-Banna. Beliau merupakan seorang tokoh yang berjuang dan meniupkan semangat para mujadid tanah mesir.




Sebelum baginda rasulullah dilahirkan di Kota Makkah. Kota berkenaan terlebih dahulu telah diserang oleh tentera Abrahah bagi tujuan untuk meluaskan territory mereka. Kota Makkah merupakan sebuah kota yang strategik dan tidak hairan jika kota berkenaan sangat kaya disebabkan menjadi tempat singgahsana para pedagang asing.



Tambahan lagi, serangan Abrahah ke atas Kota Makkah disokong atas pendapat jika hendak menguasai seluruh tanah arab, maka Kota Makkah harus terlebih dahulu ditakluki. Hal ini kerana reputasi Kota Makkah cukup terkenal dan dihormati pada waktu itu.




Abrahah yang sombong dengan kebenaran menyanggupi untuk menyerang Kota Makkah, walau pun dia tahu Kota Makkah dilindungi Tuhan yang Maha Berkuasa. Maka, janji Allah swt akan melindungi Kota Makkah terbukti dengan kehadiran burung Abbabil. Allah swt memerintahkan burung abbabil memusnahkan tentera Abrahah dan mereka (Abrahah) berjaya dikalahkan.



Peristiwa inilah yang harus kita semua ambil iktibar. Umat islam harus sedar akan kebenaran yang dibawa dan disebarkan Baginda Rasulullah SAW. Adalah menjadi kewajiban kepada mereka yang mengakui islam sebagai agama mereka untuk patuh dengan syariat yang ditetapkan. Islam bukanlah the way of changes tetapi islam merupakan sebuah agama yang cukup tuntas dan syumul. Tidak hairanlah islam adalah the way of life.




Sejauh manakah lagi ummah mampu dikembangkan atau dibangunkan? Melentur buluh biar daripada rebunnya.. Pepatah melayu ini cukup memberikan seribu satu methodologi dalam merealisasikan ummah bangkit daripada lamunan.



Berapa ramai masyarakat muslim yang sedar? Sedar terhadap situasi umat islam sekarang dilabelkan sebagai golongan tidak bertamadun (barbarian). Barbarian merupakan sebuah bangsa yang cukup terkenal dengan sifat yang ganas, tidak berakhlak, kasar, dan mereka mementingkan kekuatan fizikal bagi menentukan siapa yang lebih kuat.



Mereka (barbarian) juga dikatakan lebih terpuruk dengan gaya hidup yang jahil dalam peraturan humanity. Inilah yang membelenggu masyarakat islam hingga kemunduran itu menjadi darah daging dalam dunia mereka. Jika ditelitikan kedudukan ummah terkategori didalam dunia ke-3.




Demikian umat islam akhirnya dikotak-katikkan hingga terpesong dan dipengaruhi oleh imperialism barat dan yahudi daripada pelbagai aspek. Hal ini disebabkan integrasi ummah yang tidak kuat daripada membendung akidah mereka ditakluki. Apatah lagi dalam zaman sekarang, di mana globalisasi mahu pun high tech teknologi berleluasa menjadi medium pada penyebaran imperialism tersebut.



5/16/2009

Sketsa Panjang Darfur

Darfur meliputi sebuah kawasan mempunyai jumlah penduduk seperti singapura. Walau bagaimanapun, epilog berpanjangan yang mengorbankan puluhan ribu manusia. Ditambah lagi dengan migrasi penduduk cuba menyelamatkan diri daripada tradegi berdarah.



Kini, Darfur diibaratkan kawasan yang lengang daripada sebarang kesibukan aktiviti tempatan. Permasalahan puak yang tidak pernah menemui jalan penyelesaian. Jesteru, paras kemiskinan tinggi benar-benar menjadikan Darfur seperti pepatah melayu, jatuh di timpa tangga.





konflik perang dingin memuncak.. lebih 200,000 terkorban ekoran daripada pertelingkahan persenjataan




Untuk memulihkan semula Darfur, pihak bertanggungjawab harus terlebih dahulu menyelesaikan konflik permusuhan berlensakan pemberontakan menggulingkan kerajaan Sudan. Hal ini bukan satu masalah yang senang diatasi. Kenapa? Aspresiasi masyarakat Darfur terhadap pemerintah dipisahkan dengan perasaan tidak berpuas hati dan kecewa.





kais pagi makan pagi, kais petang makan petang



migran penduduk pun mencecah 2.5 juta. Berdasarkan laporan kajian dibuat pemerhati PBB. (Sumber Wikipedia Ensiklopedia Bebas)




Sering kali menjadi perhatian akan krisis jangka panjang yang melanda Darfur adalah masalah sumber keperluan hidup. Darfur ialah sebuah kawasan diklasifikasikan sebagai kawasan bergurun. Purata hujan tahunan pula minimal sekali dan masyarakat banyak bergantung pada sungai sebagai jaminan kepada jangka hayat berterusan.



Demikian juga musim kemarau berpanjangan. Sumber air bawah tanah adalah alternatif bagi menyeimbangi kebergantungan kepada air sungai.



Ekosistem darfur sangat rendah bagi dijalankan aktiviti penanaman. Tidak hairan jika Darfur sangat sulit dan isu nutrisi berterusan membelenggu kehidupan masyarakat. Kanak-kanak kekurangan nutrien untuk menjamin mereka ternyah daripada sebarang jangkitan virus mahu pun kuman.





Hanya ini teman sepermainan



Masa depan suram kanak-kanak Darfur



Lebih menyedihkan lagi, potensi kanak-kanak Darfur untuk membesar secara normal pun terjejas. Hal ini apabila sumber makanan yang sedikit mampu merencatkan tumbesaran khususnya bayi yang baru dilahirkan.


5/15/2009

Pembentukan Masyarakat Madani

SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.



Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.



Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.



Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.



Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.



Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.




Kesibukan ibu kota negeri sabah. Perkara ini sebahagian daripada rutin harian yang antara lain memaku aktiviti masyarakat



Apa saja yang dinasabkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai. Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja yang dibawa dari Barat.



Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat, mengetepikan panduan dan syariat yang digariskan oleh Islam.



Keperibadian Muslim yang unggul mengikut Hassan Al-Banna, hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 10 ciri yang jitu lagi mantap. Semua ciri itu saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam.



Antara ciri itu ialah akidah yang bersih, ciri amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan adanya aqidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam.



Penyucian akidah ummah, iaitu mengembalikan ummah kepada landasan kehidupan islami sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah memimpin masyarakat Arab keluar daripada kepompong kejahilan. Adalah menjadi harapan kita semua, generasi yang dibentuk mampu memercu ummah bergerak ke hadapan buat masa sekarang



Ia juga adalah piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia.



Ini menunjukkan sesuatu ibadat itu mestilah berpandukan sumber yang betul iaitu al-Quran dan sunnah serta sumber lain yang diterima ulama.



Ibadat dilakukan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk tetapi adalah manifestasi pengabdian diri kepada Maha Pencipta.



Akhlak mulia juga adalah elemen penting pembentukan sahsiah diri. Perilaku itu harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga hubungan antara makhluk dan Penciptanya.




Sikap rajin.. sentiasa berusaha keras dalam melakukan kerja adalah tuntutan disisi agama. Allah swt tidak sangat menyukai orang-orang yang malas. Apatah lagi, jika sanggup melakukan penipuan demi kepentingan peribadi semata-mata


Di samping itu, kekuatan jasmani tidak boleh dikesampingkan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama, diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah.



Ini jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga menjadi benteng pencegahan kepada pelbagai penyakit.



Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh demikian, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh orang lain.



Pembinaan moral mahu pun penyucian mentaliti itu penting dalam keberkesanan sesebuah dakwah



Tekad untuk berjuang melawan hawa nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlu ada semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.



Pandai menjaga waktu adalah faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.



Kemahiran menjaga waktu akan menghasilkan disiplin dalam urusan. Ciri itu memerlukan profesionalisme, kesungguhan, semangat dan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.



Kejituan diri mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan jika kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan serta ekonomi dan. Ciri itu akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada orang lain.





Keharmonian, di samping persefahaman yang kuat adalah jambatan integriti masyarakat islam khususnya pada zaman globalisasi.



Seseorang Muslim perlulah berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.



Semua ciri yang digariskan Hassan Al-Banna bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia diberikan nama baru, namun ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan yang dibuat oleh Hassan Al-Banna.



together.. let's make a supreme unity for our ambitious


Dasar itu merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan dalam rancangan berkenaan.



Jika formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri yang sudah ditentukan oleh Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah positif di mana insan yang dibangunkan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.



Justeru, lahirlah manusia yang mengejar kebaikan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat kelak. Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amatlah penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia.



PERKASAKAN KONTRAK SOSIAL

Petikan daripada Syariah & Law in Malaysia

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.



Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.



Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]



Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.


Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.



Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. [Mohamed Jauhar Hassan, 1996]



Elemen-Elemen Kontrak Sosial Menurut Perlembagaan Persekutuan



Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995]



Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.



Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.



Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan [Abdul Aziz Bari, 1996]. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:



1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]



2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU



Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.



Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.



3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI



Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:



“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” [Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]



4. BAHASA MELAYU



Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.



Kontrak Sosial Sebagai Pemangkin Perpaduan Masyarakat



Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.



Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.



Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.



Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu.



Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.



Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.



Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998].



Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.



Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.



Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.



Kontrak Sosial Menurut Sejarah Islam



Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen perlembagaan terawal yangmenggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama rata di kalangan pelbagai kaum.



Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti Yahudi.



Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-pader dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang ancaman musuh.



Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Ghayr al-Muslimeen fil Mujtama’ al-Islami turut membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yan wajib dipertahankan oleh kerajaan Islam. Dalam bukunya, beliau menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-Khatab, rakyat di Ilya (Juruselem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islamm Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan hak mereka sebagai warganegara.



Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan penganiyaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta mahupun agama.



Khalid al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat ‘Anat yang terdiri daripada penganut agama Kristian jelas menyebut: ” Penganut Kristian mesti dibenarkan membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika waktu umat Islam menunaikan solat. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib pada hari-hari perayaan.“



Begitulah betapa hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.



Oleh itu, dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak memperkasakan persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia kini, semua pihak khususnya generasi muda negara ini harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur yang terkandung di dalam ajaran Islam. [Asyraf Wajdi Dusuki, 2006]



Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan lebih menghargai kontrak sosial dan sensiviti kaum yang menjadi teras pembentukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia.